We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
A Song For You [C]

A Song For You [C]

  • WpView
    Reads 1,522
  • WpVote
    Votes 179
  • WpPart
    Parts 25
WpMetadataReadComplete Fri, Jul 3, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Romantic Comedy
Happy Ending
Sofea Renaya. Pelakon wanita terkenal, wajahnya terpapar di setiap kaca televisyen. Hidupnya seakan-akan sempurna, dipenuhi dengan pelbagai jenis watak-dari kesedihan, jenayah hingga kemanisan. Tiada satu pun yang belum pernah dia lakonkan. Ezra Khael. Penyanyi yang telah lama menjejakkan diri dalam dunia nyanyian. Hari-harinya hanyalah lirik, melodi dan irama, seolah-olah hatinya cuma punya ruang untuk muzik. Hidup mereka berubah sejak Ezra memilih Renaya untuk bergandingan dalam video muzik terbaharunya. Chemistry yang sukar dinafikan membuatkan netizen rancak cuba menjodohkan mereka-sehinggalah satu ayat itu terucap. "Apa kata... kita kahwin?" Dunia Renaya seakan berhenti berputar. Segala kewujudan lelaki lain lenyap, meninggalkan hanya Ezra Khael di hadapannya. Gila. Lelaki itu benar-benar gila. Dan Ezra tidak pernah menafikannya. Cuma Renaya tidak tahu-di sebalik kegilaan itu, tersimpan keikhlasan yang terlalu dalam. "Saya takut, Ezra. Saya takut untuk semua ini. Saya... saya tak layak." Renaya menolak. Berkali-kali. Ezra pula tidak pernah berhenti memilihnya. Hingga akhirnya, Renaya mengalah. Namun kebahagiaan itu tidak sepenuhnya tenang. Ada sesuatu yang mengganggu Renaya-sesuatu yang membuat dadanya terasa sesak tanpa sebab.
All Rights Reserved
#16
hefellfirst
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • KESEMPATAN KEDUA
  • [C] HATI (Buah Hati #1)
  • 𝐖𝐢𝐥𝐥 𝐁𝐞 𝐁𝐚𝐜𝐤 | C
  • Way back to you.
  • Takdir Dua Empayar [Complete]
  • GILDED OBSESSIONS (#1): THE VELVET CAGE
  • MUTE
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • 𝐌𝐫𝐬. 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐞𝐥 𝐙𝐚𝐪𝐮𝐚𝐧 | 𝐂
  • Permission to Fall, Prof!

(Stand Alone) Setiap orang ada menyimpan satu rahsia besar di dalam hidup mereka. Rahsia terbesar Airis adalah dia pernah bercinta dengan abang kawan baiknya sendiri. Dia mengandung dan mempunyai anak, hasil dari hubungan haramnya dengan lelaki bernama Firash Baihaqi. Nasib Airis malang apabila ditinggalkan dan harus menanggung semuanya seorang diri. "Selepas kau lahirkan anak tu, aku akan serahkan dia kepada orang lain. Maknanya dia bukan anak kau lagi dan orang lain takkan tahu yang kau pernah mengandung sebelum ini." Apakah pilihan yang Airis ada? Dia memalukan orang tuanya dengan perbuatan kejinya. Waktu tidak boleh diundurkan semula. Saat lahirnya anak yang dikandung selama sembilan bulan itu, dia hanya sempat mengucup sekali wajah si anak sebelum dibawa pergi. Untuk selamanya. Airis memulakan kehidupan baru dengan membawa diri jauh dari keluarga. Selama empat tahun dia hidup menderita kerana kesilapan lalunya. Dia juga tidak pernah berhenti mencari anaknya. Kerana dia yakin anaknya masih hidup di luar sana. Harapannya hanyalah diberikan kesempatan kedua untuk bertemu si anak. "Kahwin dengan Riyaz. Keputusan ayah muktamad!" Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali adalah satu keputusan yang paling sukar buat Airis. Bagaimana dia mahu mengahwini lelaki yang dia tak cintai? "Saya tak nak kahwin dengan awak. Saya tahu ni aturan keluarga kita. Awak pun mesti tak rela, sama macam saya." - TENGKU AIRIS KIRANA "Awak silap, Airis. Family saya tak ada kaitan dalam hal ni. Saya yang nak kahwin dengan awak. Sangat-sangat." - RIYAZ ARSHAN Kejujuran itu penting dalam sesebuah hubungan. Pengkianatan juga akan menghancurkan hubungan cinta yang baru dibina. Seberapa lama perkahwinan ini akan bertahan? Kisah cinta mereka bukan mudah.

More details
WpActionLinkContent Guidelines