Ada waktu yang kita bentang untuk merawat luka, dan ada waktu yang kita pilih untuk melupakan duka. Namun bagi Arissa Nayra, waktu bukan lagi soal jam yang berdetak semata tapi soal sehelai kenangan yang enggan luntur warnanya.
Ini merupakan sebuah perjalanan persahabatan dan pengorbanan di kala masa tidak lagi memihak.
Satu persatu rahsia mula muncul di balik lipatan hari yang dia sangka sudah terkubur. Apabila sehelai waktu terakhir dibentang, mampukah mereka menerima kebenaran yang lebih pahit dari sebuah kehilangan?
Setiap senyuman, setiap detik, setiap pengorbanan menjadi kenangan dan membentuk erti sebenar kehidupan, kasih sayang, dan keberanian untuk menghadapi takdir walau dalam cara yang paling tidak dijangka.
📍 Sebuah karya penuh emosi, disulam dengan romantik, drama, dan sedikit humor, yang menyingkap makna kehidupan melalui kasih sayang dan pengorbanan.
Cerita ini dibina atas kasih sayang dan nilai kemanusiaan, bukan hubungan cinta yang menyimpang daripada fitrah.
📌 Sila hormati hasil tangan ini.
📌 Jika ada kekurangan, mohon dimaafkan.
📌 Jika ada persamaan, mungkin hanya kebetulan.
All Rights Reserved