Tunang dah lama tapi Ain sendiri tak pernah kenal siapa bakal suaminya.
Pernah jumpa?
Tidak.
Sekali pun tak pernah.
Tapi tak tahu kenapa Pak saudara kepada anak murid Ain nama Affan serupa syok sangat kat Ain. Tiba-tiba saja berubah jadi ulat bulu bila dekat dengan dia.
Suka?
Tidak.
Ain rasa geli pula.
Nak datang dekat pun Ain risau. Tapi nak buat macam mana, dah usaha jauhkan diri tetap juga Encik Affan datang dekat. Menempel tak habis-habis.
Sudahnya, tup-tup ibu pula bagitau yang Encik Affan tu tunang dia. Mahu tak terkejut dirinya. Nak minta putus tapi macam mustahil sangat. Jadi dia nak kena buat apa ni? Lari? Minta putus? Atau teruskan membenci?
All Rights Reserved