TAKDIR BERNAMA FAREEQ IMAN (C)

TAKDIR BERNAMA FAREEQ IMAN (C)

  • WpView
    Reads 16,304
  • WpVote
    Votes 1,352
  • WpPart
    Parts 42
WpMetadataReadComplete Sat, Mar 21, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Romantic Comedy
Second Chance
First Love
Di pejabat, Dahlia Inara adalah Pegawai Sumber Manusia yang dingin, tegas, dan tidak berkompromi. Namun, di sebalik baju kurung yang digosok licin dan wajah tanpa senyuman, dia menyembunyikan sekeping hati yang retak seribu. Parut masa silam mengajarnya satu perkara: Jangan percaya sesiapa. Maka, dia membina tembok. Dia menjadi watak yang paling dia benci semata-mata untuk melindungi dirinya yang sebenar-seorang gadis yang hanya mahu dicintai, yang menangis membaca novel cinta di balik selimut. Sehinggalah muncul Fareeq Iman. Lelaki itu bukan hero berkuda putih. Dia hanya seorang lelaki yang tenang, yang wujud dalam kesesakan tren dan riuh-rendah stesen LRT. Fareeq tidak cuba merobohkan tembok Dahlia dengan paksa. Sebaliknya, dia hadir seperti hujan renyai yang senyap, mendamaikan, dan perlahan-lahan meresap masuk. Apabila takdir menemukan dua jiwa di tengah kota raya yang sibuk, mampukah Dahlia menanggalkan topengnya? Atau adakah peluang kedua hanya wujud di dalam helaian novel yang dibacanya? Stating : 10 Januari 2026 Ending : 22 Februari 2026
All Rights Reserved
#817
trauma
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • The Fatih's Court
  • MUTE
  • Permission to Fall, Prof!
  • KESEMPATAN KEDUA
  • His Secret Wife
  • Syaqil's Faithful Heart
  • [C] Pelan Cinta
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • Bukan Milik Abadi | C
  • Skate To Escape

[COMPLETED] Court series 3 - 2023 "Ini lah kubur kau, bodoh! Gali sekarang!" Engku Fatih hilang sabar. Bang! Cangkul disepak ke arah Ezarra dan nyaris-nyaris terkena Ezarra yang masih menikus di depannya. Bergetar jari runcing itu mencapai batang cangkul tersebut. Melihat kemarahan Engku Fatih, Ezarra fikir kerja tak masuk akal ini tanpa mustahilnya lagi. Peluh merecik hebat ke dahi dikesatnya laju dengan telapak tangan. Selepas itu, barulah tangannya mula berkerja atas arahan dan permintaan Engku Fatih tadi "Dalam dunia ni, kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lelaki yang telah tenggelam dalam dendam dan egois sejak umur enam tahun. Engku Fatih, bukanlah seorang romeo berpujangga. Buta terhadap cinta, obses terhadap prinsip. Tak ada siapa yang menyedarkan. Engku Fatih hanyut dan terus hanyut sehingga menghakim insan yang tidak bersalah tanpa belas kasihan. Disitu, Engku Fatih mulai sedar dendam itu adalah prinsip yang telah memusnahkan dirinya sendiri.

More details
WpActionLinkContent Guidelines