Objection

Objection

  • WpView
    Reads 2
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Jan 11, 2026
"Bila undang-undang jadi kandang jenayah, siapa yang akan menjadi hakimnya?" Setiap manusia mempunyai dua wajah. Wajah yang membawa harapan. Wajah yang sentiasa bersembunyi dalam kegelapan. Amara Nadine—seorang peguam jenayah muda yang namanya digeruni oleh setiap penjenayah.Setiap kes yang dikendalikannya, pasti runtuh di tangan pihak lawan. Akalnya tajam. Strateginya licik. Dan senyumannya… terlalu tenang untuk seseorang yang sering bermain dengan nasib manusia. Reza Adrian—seorang ahli politik muda yang disanjungi rakyat. Karismatik, bijak, dan berwajah penuh harapan. Namun—di sebalik sosok sempurna itu, dia adalah seorang detektif rahsia yang sentiasa dihantui oleh kisah silam yang tragis. Apa yang dunia nampak, hanyalah wajah mereka. Apa yang dunia tahu, hanyalah cinta mereka yang tidak pernah putus dengan kesibukan dan cabaran. Dan apa yang dunia tidak tahu—mereka hidup dalam kegelapan. Mereka berdiri di dunia yang sama, tetapi memijak realiti yang berbeza. Setiap senyuman menyimpan rahsia. Setiap janji menyembunyikan luka. Namun, satu per satu topeng mereka mulai retak apabila Reza mula melibatkan diri untuk menyiasat sosok yang dikenali sebagai "White Killer", seorang pembunuh siri yang sentiasa memburu penjenayah yang berjaya mendapat kebebasan di pentas keadilan. Sejak itu, hubungan yang disangkakan suci akhirnya bertukar menjadi sebuah ikatan yang tragis dan prejudis. Ini bukan kisah cinta. Ini bukan kisah keadilan. Ini adalah kisah tentang siapa yang layak hidup… dan siapa yang layak mati. Kerana dalam dunia ini, cahaya yang berpura-pura membawa harapan lebih berbahaya berbanding kegelapan yang sentiasa menghantui setiap jiwa.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • NEXUS [SU]
  • Mr. Secret Admirer [C]
  • Fath's Lily (OG)
  • Mrs. Ariq Ayden
  • SENDIRI [ BY F] [COMPLETE]
  • C | Obsessed Mafia: Tengku Carlind
  • Mi Señora
  • 𝗚𝗛𝗢𝗦𝗧 𝗢𝗙 𝗗𝗘𝗖𝗘𝗜𝗧
  •  The Devil's 𝐓𝐫𝐞𝐚𝐬𝐮𝐫𝐞
  • KETAGIH

﷽ - SYUHADAH 15th story Rakyat Malaysia menjangka bahawa kerajaan adalah pemegang kuasa pentadbiran negara. Tidak kiralah dari pemimpin politik, pakar ekonomi mahupun penggiat sosial, semuanya mengaku merekalah pemacu utama negara. Hakikatnya, mereka adalah boneka kawalan tangan-tangan ghaib yang tidak pernah diketahui orang awam. NEXUS. Sebuah organisasi rahsia yang menjadi otak di sebalik kestabilan dan juga kekacauan negara. Ia diterajui oleh seorang yang pernah terkenal di mata rakyat, tetapi akhirnya memilih untuk menghilang setelah rasa dikhianati. NEXUS merancang segalanya. Daripada kejatuhan seorang menteri, sehinggalah penciptaan teknologi senjata paling hebat dalam peradaban dunia. "Aku tahu sejarah takkan puji aku. Tapi sejarah akan bagi pengajaran supaya the other generation takkan ulang kesilapan sama." Di tengah-tengah keganasan organisasi tersebut, ada lagi individu yang menjadi tulang belakangnya. Dia diselubungi dengan reputasi yang amat kejam pada pandangan manusia atas kegiatan pembunuhan bersiri dan sabotaj terhadap sistem negara yang dilakukannya. "Maybe you're one of my target. But not yet." Dunia mengenalinya sebagai pembunuh yang dikehendaki. Pihak polis pula tidak henti-henti memikirkan cara untuk menumpaskannya. Malahan, wartawan juga tidak terkecuali menyebarkan berita tentang jenayahnya. "Operasi The Black Mask ini tak mendatangkan hasil, Omar! Kau faham tak?" Tetapi dia tidak pernah sekalipun meninggalkan bukti kecuali sehelai kertas yang mengandungi ucapan salam dan terima kasih buat pegawai polis yang akan menyiasat kejadian. "No trace will leave behind me." Disebabkan itulah, dalam sebuah permainan kuasa yang tidak mengenal belas kasihan, satu kesilapan kecil pun mampu mengorbankan seluruh rancangan. "Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga, kan?" Terimalah, NEXUS. START: 11 DECEMBER 2025 END:

More details
WpActionLinkContent Guidelines