Renjana

Renjana

  • WpView
    LECTURAS 48
  • WpVote
    Votos 6
  • WpPart
    Partes 3
WpMetadataReadContenido adultoContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación lun, ene 19, 2026
WpInfo
Ficción
Histórica
Fatimah Az Zahra, seorang Pegawai Penyelidik yang hidupnya berpaksikan fakta, manuskrip lama dan sejarah yang dibaca dari kertas. Dia tidak pernah menyangka tapak arkeologi yang dikajinya itu merenggutnya keluar dari zamannya sendiri. Dari dunia moden yang serba teratur, dia terjatuh ke sebuah alam asing iaitu bumi Langkasuka, pada zaman pemerintahan Merong Mahawangsa. Bajunya ganjil, bahasanya janggal, ilmunya terlalu mendahului zaman. Namun di mata seorang raja, wanita itu bukan sekadar pelik tetapi dia adalah renjana yang mengusik takdir. "Wanita pelik ini... bukan dari mana-mana negeri yang beta kenali," titah Merong Mahawangsa, matanya tajam memerhati. "Hamba bukan dari negeri tuanku," jawab Fatimah perlahan. "Hamba... dari zaman yang berbeza." Dengan pengetahuan yang dimilikinya, Fatimah mula mengubah banyak perkara seperti cara mengurus penyakit, strategi bertahan, kefahaman alam dan manusia. Apa yang belum tercetus di zaman itu, telah lama menjadi kajian di zamannya. Sedikit demi sedikit, kehadirannya memberi manfaat besar kepada sebuah kerajaan... dan tanpa disedari, menumbuhkan rasa yang tidak sepatutnya di hati seorang raja. "Carikan lubang itu... hamba ingin pulang" - Fatimah Az-Zahra "Menetap saja di sini, di samping beta" - Merong Mahawangsa Namun Fatimah bukan milik zaman itu. Di zamannya, sebuah pertunangan sedang menanti dan di zaman ini, takdir seolah-olah enggan melepaskannya pulang. Apabila segala usaha untuk kembali gagal. Fatimah terpaksa bertanya pada dirinya, Adakah dia perlu melawan takdir... atau menerima bahawa hatinya telah terikat di antara dua zaman? Mampukah Fatimah kembali ke zaman asalnya? Atau renjana ini memang diciptakan untuk memisahkan dua jiwa yang sepatutnya bersatu?
Todos los derechos reservados
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • LAGENDA:PAWANA ARJUNA
  • Zombie: Lo.R.D.I.
  • Bahtera Merdeka II: Senyuman Dendam
  • SULTANAH
  • Dreaming Back To Malacca Dynasty: Royal Cuisine
  • Kal Marjan
  • Bahtera Merdeka
  • Sumpah Amerta
  • 37. The Lost Crown
  • LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI [C]

Lagenda: Pawana Arjuna Taufiq Ilham, seorang penyelidik sejarah moden, obses dengan kisah-kisah legenda dan zaman kesultanan. Namun, obsesinya membawa risiko yang tidak dijangka - suatu hari, dia tiba-tiba terperangkap dalam tubuh seorang putera yang hidup berabad lamanya dahulu: Putera Pawana Arjuna. Putera Pawana Arjuna bukanlah putera biasa. Walaupun lemah secara fizikal, dia memiliki hati yang suci, jiwa yang besar, dan kasih sayang yang tulus kepada rakyatnya. Tetapi kebaikannya dibalas dengan pengkhianatan yang paling kejam, dan dendamnya menimbulkan sumpahan yang menjerat Taufiq ke dalam dunia lama itu. Kini, Taufiq harus menempuh zaman silam yang penuh intrik istana, konspirasi dan bahaya, sambil menyesuaikan diri dengan tubuh seorang putera yang pernah dicintai dan dikhianati. Setiap langkahnya penuh risiko - adakah dia mampu menyingkap identiti pembunuh yang mengkhianati Putera Pawana Arjuna, membongkar rahsia istana, dan mungkin mengubah sejarah yang telah tertulis? Dalam dunia di mana kuasa, dendam, dan kesetiaan bertembung, Taufiq menyedari bahawa menjadi baik tidak semestinya menjamin keselamatan, tetapi keberanian dan hati yang tulus mungkin menjadi senjata paling ampuh untuk menuntut keadilan. Lagenda: Pawana Arjuna - sebuah kisah tentang pengkhianatan, sumpahan, dan perjalanan seorang lelaki moden dalam tubuh putera legenda, yang harus memilih antara membalas dendam atau mengekalkan kebaikan yang diwarisi.

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido