Amsyar Luthfan x Mumtaz Afrina Rana
Tengku Amsyar Luthfan bin Tengku Akhtar Lathtif, 30 tahun, nama yang digeruni di bawah bayangan empayar gelap AL Holding, sebuah konglomerat global yang menjadi wajah sah bagi jaringan perlindungan antarabangsa yang dikendalikannya.
Di mata dunia, dia CEO muda berjaya.
Di balik layar, dia pemimpin strategik dunia bawah tanah yang beroperasi bukan untuk jenayah, tetapi untuk menstabilkan ekonomi hitam dan melindungi negara daripada tangan-tangan korup antarabangsa.
Amsyar bukan lelaki jahat tetapi dunia yang dia warisi memaksa dia menjadi dingin, tajam, dan berbahaya.
Dia tidak menumpahkan darah tanpa sebab, tetapi bila prinsipnya disentuh, tiada siapa yang mampu berdiri di hadapannya.
Namun, hidupnya yang berlandaskan disiplin dan kawalan mula berubah arah bila dia bertemu Mumtaz Afrina Rana binti Abdullah, gadis 25 tahun yang bekerja sebagai pembantu di kedai makan kecil di kampung.
Afrina tidak punya harta, tidak punya darah bangsawan, dia lembut, polos, dan sangat baik hati.
Amsyar, yang terbiasa dengan dunia peluru dan rahsia, mendapati dirinya lemah bila melihat Afrina tersenyum.
Bagi lelaki itu, cinta bukan kelemahan ia adalah ancaman, kerana bagi Amsyar, apa yang dia cintai mesti dilindungi, walau dengan nyawa.
Dia tidak lari, tapi cuba memahami.
Bagi Afrina, setiap manusia punya sisi gelap, tapi tidak semua hilang arah.
Dia melihat Amsyar bukan sebagai musuh, tapi lelaki yang sedang mencari rahmat Tuhan dalam kekacauan hidupnya sendiri.
⚠️ Segala watak, tempat, dan peristiwa adalah rekaan penulis semata-mata. Sebarang persamaan hanyalah kebetulan.
Dilarang plagiat atau ss sebab semua ini idea daripada saya sendiri.
Start : 17/1/2026
End : -
Todos os Direitos Reservados