Karya Kedua SHA: SETH'S: His Angel Romance ⚠️ BACAAN MATANG T.S.A Dominion Holdings, sebuah syarikat korporat berpengaruh dalam industri pelaburan, teknologi dan automotif mewah diasaskan oleh Tengku Sheikh Aryaan, dikembangkan oleh anaknya Tengku Syed Aryaan, dan kini diwarisi sepenuhnya oleh Tengku Seth Aryaan. Tegas, penuh karisma, dan memikul legasi besar keluarganya, Tengku Seth tidak pernah membiarkan emosinya mengganggu urusan kerja sehinggalah muncul seorang gadis biasa bernama Azyana Haneef. Haneef hanya ingin mencari rezeki dan pengalaman kerja. Tidak pernah dia sangka akan ditugaskan sebagai pembantu peribadi kepada CEO muda yang penuh aura. Dalam diam, hubungan kerja mereka mula menguji batas profesionalisme namun Haneef terikat dalam hubungan gelap yang penuh penderaan emosi dan fizikal bersama lelaki bernama Khalid Hazran. Ketika dunia korporat dan luka peribadi mula bersilang, mampukah Haneef melepaskan dirinya dari cengkaman cinta toksik? Dan adakah Tengku Seth akan kekal sebagai seorang majikan? Terima kasih bagi yang support. Teruskan membaca. Jangan lupa komen & vote. Terima kasih kepada reader saya. start: 29/10/2025 end:
More details