SERI RATNA | E-BOOK

SERI RATNA | E-BOOK

  • WpView
    Reads 60
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 5
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, Jan 26, 2026
Perjalanan dua jiwa. Yang berdosa dan yang tidak ternoda. Kedua-duanya menyimpan rasa. Sebuah Hikayat cinta tetapi penuh luka. Hati yang saling mencintai tetapi tidak saling memiliki. Satria Iskandar. Hidup sebagai pedang setia Sultan Mahesa Rana. Digelar Si Lelaki Berdarah, dia membunuh bukan kerana benci, tetapi kerana percaya keadilan tidak pernah menyelamatkan sesiapa. Sehinggalah dia mengenali seorang gadis polos yang menggoncang pendiriannya. "Lari. Jangan pandang belakang. Jika kau kembali, kau akan mati." Seri Ratna, Si Putih Melati yang lari dari kezaliman kerajaan Sangkara. Saat itu dia masih polos, naif dan lemah. Lembut tutur katanya, kuat jiwanya, dan menyimpan rahsia yang mampu menggoncang sebuah takhta. Nekadnya membawa seribu satu makna. Pertemuan mereka bukan kehendak cinta, tetapi takdir yang sengaja menemukan cahaya dengan kegelapan. Saat Iskandar mula goyah, dan Seri mula melihat luka di sebalik kekejaman, mereka sedar, ada azam yang perlu ditunaikan dan dendam yang perlu dilunaskan. "Tekup mulut saya, parut di kening tuan hamba dan tatapan itu. Saya ingat semua." Romantika yang membawa mereka bersama, mengenali, memahami dan bersama-sama mengharungi tentangan. Adanya lelaki penuh noda yang membuka tangannya, si putih melati itu sudi menyambutnya tanpa sinisan. Permulaannya mungkin tidak seindah nirmala. Namun, penantian itu tidak pernah disia-siakan demi pengakhiran yang diinginkan. Ini sebuah hikayat cinta, Seri dan Iskandar
All Rights Reserved
#188
romantik
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀  𝐇𝐀𝐓𝐈?  | OG

𝐏𝐄𝐍𝐉𝐀𝐆𝐀 𝐇𝐀𝐓𝐈? Zaryth Elriff × Qasturi Elara Pertemuan mereka sejak di bangku sekolah, merungkaikan kisah permulaan mereka. Zaryth Elriff perlahan jatuh hati pada seorang rakan sekelasnya dari tingkatan 4. Hatinya mula cair dengan sikap seorang Qasturi Elara yang dikenali lemah lembut tapi tegas. Sikapnya itu menarik perhatiannya. Namun apakah daya, Zaryth hanya menanggung cinta bertepuk sebelah tangan sahaja. "Qasturi, kau boleh tolong ajarkan aku soalan yang ni?" - Zaryth Elriff "Senang kacang je ni. Meh aku tolong," - Qasturi Elara Atas permintaan Qasturi pada Zaryth, dia hanya mampu menerima dan menghormati keputusannya. "Kau.. tahu kan tahun ni kita spm?" - Qasturi Elara Qasturi lebih mengutamakan pembelajarannya berbanding bercinta. Baginya hal itu cukup membuang masa. Namun, kejadian 10 tahun lepas kini terungkit kembali apabila sang ayahnya mula muncul semula selepas hampir sedekad tidak bertemu. "Aku nak kau kahwin dengan dia, aku tak terima apa-apa bantahan. Faham?!" - Razeen Yahya Walau sedikit belai kasihan langsung tidak diberikan pada anak sulungnya itu. Tangisan dan keluhan sang anak dibiarkan seperti angin. Qasturi sedar, dia perlu bangkit dari hidupnya sendiri. Demi janji pada arwah bondanya, yabg perlu lunaskan dahulu. Baginya keluarga yang ada dengannya sekarang lebih penting. Masa depannya lebih diutamakan. Namun apakah Qasturi akan serta merta menerima lamaran lelaki itu? atau dia bakal membuka hatinya kepada Zaryth yang cintanya dibawa sehingga ke alam dewasa? atau cinta Zaryth bakal kekal bertepuk sebelah tangan? start : 8 nov 2025 end :

More details
WpActionLinkContent Guidelines