KIRLA RUYA, author terkenal dan dengan mudah bukunya dapat dijual sebanyak 300 ribu buah buku dalam masa 1 bulan. Tetapi, selepas terjadinya rempuhan hebat dari sebuah kereta yang melaju di persimpangan lampu isyarat. KIRLA di nyatakan koma dan berkemungkinan tidak dapat hidup lagi. Tanpa ada yang tahu, koma itu telah membawa KIRLA ke kehidupan lain. KIRLA terbangun di tubuh seorang wanita bernama DARYA BORIS, mangsa dari pembunuhan bersiri.
"Bagaimana tubuh yang sudah terpotong boleh hidup lagi?"
Di tahun berlainan dan peradaban yang sangat asing. Pada awalnya, KIRLA tidak sedar pun tentang tempat itu. Sampai akhirnya dia bertemu dengan beberapa orang dengan nama yang tidak asing di telinganya, dari situlah KIRLA sedar bahawa dia sekarang berada ataupun termasuk ke dalam cerita dari novel pertamanya.
"Tak mungkin..aku bermimpi ke?" ~KIRLA RUYA
Genre Thriller. KIRLA di hadapkan dengan konflik hebat. Pembunuh yang membunuh badan itu pasti akan datang dan mencarinya lagi.
"Kau harus berhati-hati.." ~DR.LIOR HUSAIN
HARTWIN HUDO, seorang bangsawan terkenal yang dikenali dengan sifat ramahnya dan namanya juga tidak pernah hilang dan akan selalu terdengar dari mulut mana-mana wanita di kota itu.
"Kau tahu siapa pembunuhnya?" ~RODHI SAHIR
Berbekalkan ingatannya tentang cerita novelnya itu. KIRLA tahu HARTWIN lah pembunuh yang sedang di cari-cari.
"Kau pembunuh!"~KIRLA RUYA
"Apakah kau benar-benar menganggap aku sebagai seorang pembunuh?" ~HARTWIN HUDO
KIRLA membuka langkah dan berhasrat untuk menangkap dan membuktikan sendiri bahawa HARTWIN lah pembunuh bersiri itu. Tetapi jalan tidak selalunya lurus, KIRLA di temukan lagi dengan konflik lain yang membuatkan dia menjadi goyah dengan keyakinannya.
Adakah ingatan KIRLA tentang ceritanya tepat? Apakah benar HARTWIN HUDO lah pembunuh yang mereka cari atau ada pembunuh lain yang masih menyamarkan diri sebelum menerkam lagi mangsanya..
START : 23 JAN 2026
END :
Todos os Direitos Reservados