Bukan Hero Romantik ✔
Bukan Hero Romantik
Dia bukan seperti lelaki lain. Dan dia tahu... dunia tidak pernah memberi ruang untuk yang berbeza.
Muhammad Haqeem - atau lebih dikenali sebagai Emma - hidup dalam tubuh yang dicaci dan jiwa yang disalaherti. Rambutnya panjang, lenggoknya lembut, dan penampilannya tidak seperti lelaki kebanyakan. Lalu masyarakat menjatuhkan hukuman: dia songsang, dia pelik, dia tak layak untuk cinta, apatah lagi untuk syurga.
Dalam kelam yang menyesakkan, hadir Nur Najihah - gadis muslimah yang sederhana penampilannya, namun dalam pada itu menyalakan harapan. Pada lirikan matanya, Haqeem melihat sinar. Pada tutur katanya, Haqeem menemui jalan pulang. Najihah menjadi cahaya yang membimbing... dan cinta pertama yang menggetarkan.
Namun, saat hatinya mula terbuka, takdir menghantar ujian yang memadamkan harapan. Pintu yang baru mahu dibuka kembali tertutup. Hati yang mahu mencinta, kembali membeku. Najihah pergi, membawa kecewa yang tidak sempat ditenangkan.
Masihkah ada peluang untuk cinta mereka bernafas semula?
Atau Haqeem benar-benar bukan ditakdirkan menjadi... hero romantik?
Note(s) : Diharamkan dari mencuri idea saya, terima kasih.
Mula : Ogos 16, 2021
Tamat : April 27, 2022