5th story :) Luqman Al-Faeq Bin Idris |Najah Dhalia binti Adham Najah Dhalia, gadis yang hidupnya penuh dengan warna walau kebebasannya terbatas. Setiap helaian fabrik adalah cerminan jiwanya. Berani, terbuka dan tidak takut untuk bermimpi meski tak pernah ada yang menyokong langkahnya. Dr. Luqman Al-Faeq, lelaki yang hidup dalam garis dan struktur. Pensyarah yang jarang tersenyum tapi setiap ayatnya tajam dan penuh makna. Tegas dan realistik. Mereka datang dari dua dunia yang berbeza. Dunia yang tidak sepatutnya bersilang apatah lagi bersatu. Namun, dalam pertembungan ego dan prinsip, hadir satu rasa yang tak pernah disebut. Tak pernah dirancang. Tak pernah diucap. Sebab cinta mereka hidup dalam kurungan. Tersembunyi di antara jarak, masa dan perkara yang tak sempat dilafazkan. Dan persoalannya, adakah cinta yang tersembunyi mampu bertahan bila segalanya akhirnya terdedah? Kerana tak semua cinta layak jadi tajuk utama. Ada yang hanya wujud sebagai nota kaki dalam hidup orang lain. Start : 18 August 2025
Más detalles