ARCANE : Anastasia [Resurrection]
Tyson Donovan seorang lelaki yang luar biasa dan yang paling ditakuti oleh orang ramai termasuklah kumpulan - kumpulan Mafia. Bagi mereka, Tyson Donovan merupakan lelaki yang paling berpengaruh dalam dunia mafia kerana kejayaan yang dia mampu peroleh dan kawasan yang telah ditakluki terlalu banyak. Namun, tiada siapa yang tahu di sebalik kejayaan lelaki itu, ada satu nyawa yang menumpang di dalam badannya. Ia bukanlah sebarang nyawa tetapi nyawa yang berbahaya.
"Saya tahu awak bukan sebarang manusia. Ada raksasa yang menumpang dalam badan awak. Awak separuh manusia dan separuh monster, am i right?" - Anastasia Baldwin.
"You know nothing about me"
Apabila dia dipertemukan oleh seorang gadis yang dapat menghidu rahsianya, hidupnya mula kacau - bilau. Hatinya tersepit di antara rasa mahu melindungi ataupun membunuh gadis itu.
"I won't kill her" - Tyson Donovan.
"Kalau kau tak nak, biarkan aku keluar and I will kill her" - Cerberus
Anastasia, gadis yang kehilangan segala - galanya termasuklah tempat tinggalnya selepas kejadian ibu bapanya telah dibunuh oleh sekumpulan manusia yang kononnya mengaku sebagai mafia. Dia diculik dan diberikan dadah sebelum dia dijual kepada orang atasan.
Namun, kereta yang akan membawanya pergi telah ditahan oleh beberapa buah kereta pihak musuh, dia dibawa pergi oleh seorang lelaki yang bernama Tyson Donovan.
Dia takut tapi dia tiada cara lain selain daripada merayu memohon perlindungan daripada lelaki itu. Meskipun dia tahu separuh daripada lelaki itu mahu membunuhnya, dia yakin diri Tyson yang sebenar akan sentiasa melindunginya.