We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
(💚COMPLETED)DARI WARWICK KE IPOH

(💚COMPLETED)DARI WARWICK KE IPOH

  • WpView
    Reads 2,364
  • WpVote
    Votes 143
  • WpPart
    Parts 31
WpMetadataReadComplete Tue, Mar 31, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Cempaka Iman masuk kerja pukul 4 petang sehingga 10 malam. Pendek kata, dia la yang kena tutup pintu kafe, tutup lampu,tutup aircond, dan tutup mesin kira. Dah sebulan dia kerja di kafe ni dan sebulan juga la dia dah boleh hafal satu-satu regular customer yang berkunjung. "Dik, air kosong ni tawar" dan tanpa banyak soal,dia letak satu sachet gula dalam tu. "Dik, kopi ni manis sangat" dan dia tambah ais ke dalam gelas itu. "Dik, akak rasa air ni panas sangat" dan dia tambahkan selapis cawan kertas buat penebat haba. Tapi ada satu customer ni yang tak pernah komplen meskipun hari pertamanya kerja, Cempaka tersalah masukkan brown sugar ke dalam ice Americano lelaki itu. "It's okay, still the same sucrose" Lelaki itu bercakap sambil menelek iP13. "But Sir, with additional ten percent molasses" muka Cempaka ketika itu memang cuak. Ada tak bos pecat pekerja selepas 10 minit bekerja? "Ada banyak ice ni. Nanti dissolve semua manis tu. Thanks" dan terus lelaki itu berlalu. Lega hati Cempaka. Dapatlah dia kurangkan nisbah pekerja yang dipecat di hari pertama. Cerita tak habis di situ, hari kedua lelaki itu datang lagi. Kali ni nak ice latte pula. Dan Cempaka terletak 3 shots espresso ke dalam cawan 16oz tu. Itupun disedari setelah lelaki itu selesai membayar dan berjalan lima langkah meninggalkan kaunter. "Berapa shots?" "Tiga" dan ketika itu dia baru teringat lelaki itu tak ada minta extra shot! Mampus lah lelaki tu tak tidur malam ni sampai esok pagi! Takkan dia nak kena nyanyi Rockabye Baby kat telinga customer malam ni! "Thanks. Malam ni saya memang nak stay up" Sekali lagi Cempaka bersyukur. Dan sejak itu dia perasan lelaki itu akan setia datang ke kafe setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad sebab Cempaka bercuti pada dua hari hujung minggu. Jadi memang dia tak tau kewujudan lelaki itu pada hari-hari demikian.
All Rights Reserved
#26
greenflag
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Of Ruins and Roses
  • [💚COMPLETED] JODOH MR.MINE
  • DENDAM YANG TERINDAH(C)
  • CINTA TERAKHIR BUAT HANA HUMAIRA | C
  • Pengasuh Cinta [C]
  • [C] DEBU JANJI DI LANGIT RAMADHAN
  • 2 | Jagakan Dia [✅]
  • My Savior
  • Dia Jodoh Ku
  • Aku Bukan Isteri Sempurna

Rayyan Harith tidak pernah lupa malam itu. Seorang pakar bedah muda. Dia menyaksikan sendiri tiga nyawa ditarik dalam satu kemalangan tragik-termasuk adik kandungnya sendiri. Namun yang paling menghantui hidupnya ialah, sepasang suami isteri yang gagal diselamatkannya... hingga meninggalkan seorang gadis yatim piatu. Gadis itu, kini bergelar wanita berdikari bernama Aira Humaira. Pemilik kafe comel bernama Pawse & Sip, tempat di mana manusia melepaskan lelah sambil membelai kucing sebagai penyembuh luka jiwa. Tuah, satu-satunya saksi bisu yang menjadi penguat Aira selama ini. Tanpa saling mengenali, Rayyan dan Aira ditemukan semula oleh takdir. Namun, rahsia masa lalu terus menghantui. Aira tidak tahu lelaki itu ialah doktor yang cuba sedaya upaya menyelamatkan ayahnya pada malam kejadian. Rayyan pula hidup dalam dilema-antara menyembunyikan identiti atau jujur dan kehilangan wanita yang perlahan-lahan dia cintai. Tatkala luka lama mula berdarah kembali, dugaan bertimpa. Hasutan, fitnah, keluarga yang menolak, kehilangan, perpisahan... hingga Aira dan Rayyan diuji antara percaya dan kecewa, antara menanti dan melepaskan. Akan adakah bahagia buat dua jiwa yang luka? Atau takdir sekali lagi memilih untuk memisahkan mereka? "𝙼𝚊𝚗𝚊 𝚔𝚊𝚞, 𝚜𝚊𝚢𝚊𝚗𝚐? 𝙹𝚊𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚝𝚒𝚗𝚐𝚐𝚊𝚕𝚔𝚊𝚗 𝚊𝚔𝚞." - Rayyan Harith. "𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚋𝚘𝚕𝚎𝚑. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚝𝚊𝚔 𝚜𝚊𝚗𝚐𝚐𝚞𝚙. 𝙰𝚒𝚛𝚊 𝚖𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚖𝚊𝚊𝚏." - Aira Humaira.

More details
WpActionLinkContent Guidelines