SYED MUHAMMAD HARRAZ, seorang lelaki yang sudah terbiasa di udara. Tugasnya sebagai pilot jet sukhoi menjadikan nyawanya sentiasa di dalam bahaya. Namun, satu kejadian hitam telah berlaku ketika dia menjalan misi bersama sahabatnya, Izzat. Kematian sahabatnya ketika mereka menjalankan misi membuatkan dirinya hilang fokus seketika sehingga dipaksa mengambil cuti bergaji oleh atasannya, Kolonel Razlan.
NUR INARA, gadis kampung yang tinggal di Terengganu. Kehidupannya hanya berkisar di jeti dan gerai ibunya, Makcik Salmah. Inara yang tidak pernah keluar dari kampung bertemu dengan Harraz ketika lelaki itu memilih Setiu sebagai tempat dia menenangkan fikiran.
Bagi Inara, Harraz adalah orang bandar biasa yang ingin bercuti di kampungnya kerana Setiu adalah salah satu tempat pelancongan yang menarik.
"Mung cari mende, bang? Sesat ke? Sini bukang lebuhraya ni, sini jeti ikang," - NUR INARA -
"Nama awak apa? Saya Harraz." - HARRAZ -
"Mung kerja mende kat banda tu? Mekanik ke?"
Setelah sebulan bercuti, Harraz perlu kembali ke bandar apabila atasannya memanggil untuk menjalankan misi.
"Awak nak balik... tanpa cakap sepatah kata pun pada saya? Sebab tempat ni cuma tempat 'persinggahan' untuk pulihkan luka macam awak cakap dulu ke? Sekarang awak dah sembuh, jadi awak nak buang kami macam tu je?" - NUR INARA -
"Saya tak pernah anggap awak atau kampung ni sekadar persinggahan, Inara. Saya kena balik sebab ada tanggungjawab yang lebih besar menanti di sana. Saya akan datang balik ke sini. Bukan sebagai pelancong, bukan sebagai Harraz... tapi sebagai seorang lelaki yang ingin menepati janjinya." - HARRAZ -
Mampukah Harraz menepati janjinya setelah kembali ke bandar?
Inara terkaku apabila dia melihat wajah Harraz terpampang di skrin LED ketika majlis sambutan kemerdekaan yang dia hadiri di bandar. Perlahan-lahan, dia mula terasa pangkat dan kedudukan mereka sangat ketara perbezaannya.
Mampukah mereka bersatu?
Todos los derechos reservados