Our Youth

Our Youth

  • WpView
    Reads 53
  • WpVote
    Votes 7
  • WpPart
    Parts 7
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Feb 19, 2026
Setelah ayahnya meninggal dunia ketika dia masih berumur lapan tahun, ibunya telah meninggalkan dia di rumah anak yatim piatu. Setiap hari dia menaruh harapan besar bahawa ibunya akan datang untuk menjemput dia pulang. Namun, beberapa tahun berlalu begitu sahaja. Wanita itu tidak pernah datang mencari dia lagi. Ketika menginjak umur remaja, dia memutuskan untuk melupakan satu-satunya orang yang memiliki hubungan darah dengannya. Kini dia faham mengapa wanita itu meninggalkan dia sendirian di tempat itu, sebab wanita itu tidak menginginkan dia lagi. Sehingga suatu hari, wanita itu kembali dan mencarinya hanya untuk memberitahu dia tentang sesuatu yang sangat tidak penting. "Sebenarnya, perjumpaan kali ini adalah untuk memberitahu kamu tentang perkahwinan mama yang akan berlangsung pada hujung bulan Jun. -ELODIE "Selepas apa yang kau lakukan, kau hanya memikirkan duit?! Aku tak perlukan duit tu lagi." -MARYLYN Setelah pertemuannya dengan Elodie pada malam itu, Marylyn mula memikirkan cara untuk membalas dendam kepada Elodie. Dia tidak boleh membiarkan wanita itu hidup mewah sementara dia harus berjuang dengan susah payah untuk bertahan hidup. Dia ingin menghancurkan hidup Elodie, menghancurkan hidup seorang pengkhianat. Dalam rancangan balas dendamnya, dia bertemu dengan seorang remaja lelaki yang mempunyai kehidupan yang hampir hancur, iaitu Isaac. Siapa menyangka dia merupakan anak kepada lelaki kaya yang akan berkahwin dengan ibunya. Marylyn memikirkan semula rancangannya, dia ingin mendekati remaja itu dan mempergunakan dia untuk membalas dendam. Marylyn sangat yakin 100% bahawa lelaki itu akan meninggalkannya jika sudah bosan dengan dirinya, disebabkan Isaac merupakan seorang playboy yang selalu berganti teman wanita setiap bulan, jadi dia memanfaatkan peluang ini untuk balas dendam. "Marylyn, mahu menjalin hubungan?" -ISAAC "Mahu." -MARYLYN Gadis itu menjawab tanpa ragu dan yakin dengan keputusannya. Biarlah dia menjadi orang jahat untuk kali ini.
All Rights Reserved
#159
school
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Permission to Fall, Prof!
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Racing King
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • HELLO QASWAR
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Forever Isn't What We Promised
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]

📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

More details
WpActionLinkContent Guidelines