The Secret We Keep.☘︎ ݁˖| James Cortis ˚. ᵎᵎ
"Kau buat kerja pakai otak ke pakai lutut? Kalau setakat nak buat karangan sekolah rendah, baik kau berhenti jadi penolong aku. Menyusahkan."
Lyaa cuma mampu tunduk, genggam pen sampai putih buku lima.
"Yelah, semua benda saya buat tak betul. Awak tu je yang perfect. Makan pun tidak, rehat pun tidak, lepas tu nak marah orang. Macam manalah orang nak kerja kalau asyik kena hadap muka singa ni..."
────୨ৎ────────୨ৎ────
"Kau ni... memang jenis cari penyakit ke apa?" soal James pendek. Suara dia dah tenggelam sikit dengan bunyi hujan, tapi aku boleh rasa dia tengah tahan marah. "Aku suruh duduk situ, yang kau pergi merayap sampai sini dah kenapa? Kau tahu tak aku pusing satu taman cari kau?"
────୨ৎ────────୨ৎ────
"Kadang-kadang aku rasa dunia ni cuma pasal siapa yang paling kuat bertahan, Lyaa. Orang macam aku... tak ada masa nak fikir pasal 'bahagia'. Cukup sekadar tak hancur," bisik James perlahan.
Lyaa terdiam. Malam itu ialah kali pertama dia nampak James bukan sebagai lelaki sombong yang dia kenal sebelum ni, tapi sebagai manusia yang ada luka sendiri.