KITA ( Sunflower vs Lavender )
"Cinta tidak semestinya datang dengan debar yang kencang, kadangkala ia datang dalam bentuk tenang yang paling dalam."
Arissya Tarmizi adalah definisi sunflower yang hidup. Dia ceria, bising, dan sentiasa menjadi "cahaya" buat orang di sekelilingnya. Namun, di sebalik tawa yang paling kuat, Arissya menyimpan rahsia yang memenatkan, dia takut menjadi beban. Baginya, meminta tolong adalah kelemahan, dan menunjukkan kesedihan adalah tiket untuk ditinggalkan. Dia lebih rela "pusing" mengikut kehendak orang lain asalkan dia tidak kehilangan mereka.
Di sudut yang lebih gelap dan tenang, berdirinya Badrul Khairi. Dia bukan matahari yang menyilaukan, tetapi dia adalah hamparan lavender yang menenangkan. Badrul tidak pandai menyusun kata manis. Dia seorang yang straightforward, sedikit kaku secara sosial, dan lebih gemar membaiki pintu yang rosak daripada memujuk hati yang lara dengan janji kosong.
Arissya dan Badrul sentiasa ada dalam orbit hidup masing-masing. Mereka adalah "Kita" yang tidak pernah dirancang. Badrul adalah orang yang akan muncul dengan ubat ketika Arissya berpura-pura sihat, dan Arissya adalah orang yang akan memecahkan kesunyian hidup Badrul dengan bebelan lajunya setiap kali dia lapar.
Konflik bermula apabila Arissya berdepan dengan titik terendah dalam hidupnya,kehilangan pekerjaan dan masalah keluarga yang selama ini disorok rapi. Tembok "I'm Okay" yang dibina Arissya mula retak. Dia mahu lari, kerana dia percaya tiada sesiapa yang mahu memegang beban sepertinya.
Namun, Badrul tidak membiarkannya pergi. Tanpa pengakuan cinta yang dramatik, Badrul membuktikan bahawa dia bukan sekadar kawan yang kebetulan ada. Dia adalah tempat untuk Arissya berhenti menjadi kuat.
Apabila rahsia lama Badrul yang memendam rasa selama bertahun-tahun mula terdedah, mampukah Arissya menerima bahawa dia layak disayangi tanpa perlu sentiasa memberi? Dan mampukah Badrul meluahkan isi hatinya sebelum si bunga matahari itu layu ditiup angin ketakutan sendi