[OG] HAJAR Untuk HAREEZ

[OG] HAJAR Untuk HAREEZ

  • WpView
    Reads 65
  • WpVote
    Votes 35
  • WpPart
    Parts 6
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Mar 1, 2026
Nik Hareez Aydan, 23 tahun. Hidupnya tak pernah ringan. Dari muda dia belajar satu perkara - jangan berharap pada sesiapa. Kerja tak tetap, duit cukup-cukup makan, mak yang sakit di rumah dan adik bongsu yang masih perlukan perhatian. Hidupnya cuma tentang tanggungjawab. Tentang bertahan. Siti Hajar Maisarah pula berbeza. 25 tahun, yatim piatu, berdikari sejak remaja. Dia tak punya keluarga untuk pulang, jadi dia belajar menjadi kuat walau hati sebenarnya rapuh. Lembut tutur katanya, sentiasa mendahulukan orang lain - seolah-olah bahagia orang lain itu lebih penting daripada dirinya sendiri. Pertemuan mereka di sebuah kedai makan sederhana bukan sesuatu yang luar biasa. Hajar hanya diarahkan untuk mengajar pekerja baru. Dan pekerja baru itu ialah Hareez - lelaki dingin yang bercakap sepatah bila ditanya sepatah. Namun dalam diam, Hajar nampak sesuatu di sebalik wajah keras itu. "Awak tak penat ke simpan semua benda sorang-sorang?" - Hajar "Kalau aku lepaskan... siapa lagi yang nak tahan semua ni?" - Hareez Sejak hari itu, jarak mereka makin rapat. Tanpa sedar, Hajar mula menyimpan rasa. Dan tanpa Hareez sedar, dia mula bergantung pada kehadiran gadis itu. Namun saat hati mula berani berharap, takdir datang tanpa amaran. Batuk yang tak berhenti. Darah yang menitis di lantai dapur. Dan satu diagnosis yang mengubah segalanya. Apakah Hareez akan terus bertahan bila tahu masa Hajar mungkin tak panjang? Atau lelaki itu akan memilih untuk menjauh sebelum hatinya sendiri hancur? Kerana ada cinta yang hadir bukan untuk dimiliki selamanya... tetapi untuk mengajar seseorang erti kehilangan. Dan persoalannya - adakah Hajar benar-benar diciptakan untuk Hareez? Atau hanya untuk singgah sebentar dalam hidupnya?
All Rights Reserved
#261
novel
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Racing King
  • HELLO QASWAR
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Forever Isn't What We Promised
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Permission to Fall, Prof!
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]

Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?

More details
WpActionLinkContent Guidelines