Raqib's Lawful Obsession [OG]

Raqib's Lawful Obsession [OG]

  • WpView
    Reads 1,191
  • WpVote
    Votes 96
  • WpPart
    Parts 21
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Jun 27, 2026
Dua dunia yang berbeza. Satu dunia penuh angka, kontrak dan kuasa dunia korporat milik Raqib Altaf. Seorang ahli perniagaan berjaya, bergelar duda dengan seorang anak. Perceraian lamanya bukan sekadar kegagalan rumah tangga, tetapi sejarah hitam yang hampir mematikan kepercayaannya terhadap cinta. Satu lagi dunia penuh cahaya, kamera dan pentas peragaan dunia glamor milik Qasrina Amelia. Seorang model yang berdiri atas nama sendiri. Takdir menemukan mereka dalam keadaan yang tidak dirancang. Seorang lelaki yang sudah berhenti berharap. Seorang wanita yang takut untuk berharap lagi. Dalam pertemuan dua dunia ini, siapakah yang sebenarnya menyelamatkan siapa? Bunyi hon bersahut-sahutan di persimpangan. "Oi pak cik! Signal tu buat hiasan ke?!" jerkah Amelia dari dalam keretanya. Memang pantang betul kalau orang tak bagi signal. Harap sahaja pakai kereta jenama mahal. Memandu macam tak pernah belajar undang-undang! Tak pernah. Tak pernah dalam hidupnya orang berani panggil dia pak cik. "Awak yang hon macam nak runtuh dunia kenapa?" suara lelaki itu rendah, tenang... tapi cukup untuk buat darah Amelia menyirap. "Encik tak bagi signal!" "Saya bagi." "Tak ada!" Mata mereka bertaut beberapa saat. Sama-sama tak puas hati. Sama-sama tak mahu mengalah. Lampu bertukar hijau. Mereka berpisah dengan renungan yang masih berasap. Tak sangka itu bukan pertemuan terakhir. Beberapa hari kemudian. "Bibik, boleh buatkan saya air susu? Saya tak minum kopi." Sunyi. Bibik? Amelia kaku beberapa saat sebelum wajahnya berubah merah. Bibik?! Aku punya cantik dia kata bibik?! Dasar orang tua nyanyuk! Amelia melangkah mendekat. "Encik nampak saya ni macam bibik ke?" Baru lelaki itu benar-benar memandangnya. Dan untuk pertama kali... dia terdiam. Rupa-rupanya perempuan yang dia anggap pembantu rumah itu adalah perempuan yang memanggilnya pak cik di tengah jalan tempoh hari. Dan dari situlah... perang kecil mereka bermula.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Cinta Si Perempuan Gila (Completed)
  • CDTM 2
  • YOU ARE MINE [C]
  • 𝓑𝓲𝓭𝓪𝓭𝓪𝓻𝓲 𝓜𝓲𝓵𝓲𝓴 𝓜𝓲𝓼𝓼 𝓑𝓸𝔂
  • Aralyn Adriana : Goddess In Disguise (Completed)
  • My Darling Darlina (C)
  • SAF | SYED AEDEN FAYYADH [C]
  • Syurga Buat Ayshah
  • MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (C)
  • Rania Aisyah

Perkahwinan Helena dan Umar yang terjalin selama 20 tahun hancur lebur sebaik saja Umar bertemu semula dengan kekasih lamanya iaitu Zara di sebuah majlis reunion universiti. Zara menggoda dan merampas Umar hingga menyebabkan Helena diceraikan. Enam bulan hidup Helena jadi terumbang ambing. Menangis, mengamuk, berkurung, murung bagai si gila sementara Zara bersenang lenang dengan Umar sebagai suami baharu. "Bukan salah aku sorang aje. Kalau kau pandai sangat jaga laki, laki kau takkan cari aku."- ZARA. "Abang minta maaf. Abang pilih Zara." - UMAR Dek kerana dendam yang membara, Helena tekad buat kerja gila. Dia berjanji bahawa Zara dan Umar akan dapat balasan yang setimpal atas pengkhianatan mereka. Oleh itu, dia sanggup menggoda Tan Sri Emran, ayah kepada Zara, yang juga seorang duda kaya kematian isteri. Walaupun jurang usia Tan Sri Emran dengan Helana amat ketara, mereka berkahwin juga. "Meet my new beloved wife and your beloved stepmother, Puan Sri Helena." - TAN SRI EMRAN "Kau rampas suami aku... aku rampas bapak kau. Fair and square, right?" - HELENA Sebab itu mereka sering berkata, jangan main gila dengan perempuan gila. CINTA SI PEREMPUAN GILA

More details
WpActionLinkContent Guidelines