Teaser Ebook HIS DARKEST SINS

Teaser Ebook HIS DARKEST SINS

  • WpView
    Reads 82
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 18
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Mar 5, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Manipulasi dan dimanipulasi. Inilah yang berlaku di antara ketua organisasi gelap, Lord Marco Angelo dan pelayan restoran mewah, Cassandra. Cassandra seorang anak yatim piatu merantau jauh untuk meneruskan hidup. Setelah berkelana, dia akhirnya diterima bekerja di sebuah restoran mewah yang para pelanggannya terdiri daripada golongan kaya dan berpengaruh. Tiada sebarang gangguan, tenang dan damai. Namun kedamaian itu tidak bertahan lama apabila dirinya mula diperhatikan oleh seorang lelaki yang paling berpengaruh di bandar tersebut. Dia adalah Lord Marco. "Please enjoy the tea." - Cassandra Sejenak, pandangan keduanya bertaut. Langkah yang diambil Cassandra diekori dengan pandangan mata. Baru pertama kali melihat Cassandra, dia sudah tertarik dengannya. Namun Cassandra tidak suka apabila setiap gerak-gerinya berada dalam pemerhatian ketua mafia itu. "Anak ketua tentera dekat bandar ni mati bunuh diri sebab Lord Marco." - Alysa Cerita-cerita menakutkan tentang Lord Marco membunuh keberanian Cassandra sedikit demi sedikit sehingga dia bertindak melarikan diri kerana tidak tahan diekori oleh lelaki tersebut. Dia sudah tidak peduli dengan pekerjaannya. Dia hanya mahu bebas dari cengkaman Lord Marco! Namun rancangan tersebut gagal... Cassandra yang panik terus berlari melintas jalan yang sedang sibuk dengan kenderaan yang meluncur laju. Lord Marco berteriak memanggil Cassandra yang ketika itu tidak sedar dengan trak yang bergerak laju ke arahnya. Senyap, kaku... . . "Maaf, awak siapa ya?" "Saya tunang awak." Secara tiba-tiba Cassandra bergelar tunang kepada lord itu. Doktor telah mengesahkan yang Cassandra mengalami head trauma yang teruk sehingga menyebabkannya hilang ingatan. Cassandra menjadi mangsa manipulasi Lord Marco, manakala Lord Marco pula terpaksa memanipulasi Cassandra kerana terlalu menyintainya. Jika satu hari nanti ingatan Cassandra kembali pulih, adakah semua memori ini akan hilang begitu sahaja?
All Rights Reserved
#4
mafiaboss
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Forever Isn't What We Promised
  • HELLO QASWAR
  • Racing King
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Takdir terakhir kita [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Permission to Fall, Prof!

[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines