7 parts Ongoing Lima tahun lalu, Izzran dan Zaffira terpisah kerana salah faham yang tak pernah dijelaskan. Sejak hari itu, hubungan mereka renggang tanpa kata maaf dan penjelasan. Daripada sahabat baik mereka menjadi seperti orang asing. Pada akhirnya yang tinggal hanyalah luka, ego, dan diam yang akhirnya membunuh persahabatan mereka.
Kini, takdir mempertemukan mereka kembali. Bukan sebagai sahabat, tapi sebagai dua insan dewasa yang masih menyimpan parut luka lama.
Bagi Izzran, pertemuan itu merupakan peluang kedua buat dirinya bagi mencari erti sebuah kemaafan yang terlalu lama tertangguh.
"Merata tempat aku cari kau Zaff. Kau tak ingat aku ke? Ini aku la... Izzran, kawan baik kau."- Izzran Shah
"Buat apa cari 'pengkhianat' yang kau sendiri buang daripada hidup kau?" - Aira Zaffira
Namun bagi Zaffira pula, ia hanyalah sekadar 'lakonan' dek kerana masih dihantui kecewa yang belum terlerai.
Namun siapa sangka, dalam perjalanan mencari kata maaf, mereka diheret dalam takdir yang lebih besar. Sebuah ikatan 'perkahwinan' yang tidak pernah mereka rancang dan datang tanpa diduga.
"Saya rasa elok kita bawa haluan masing-masing Izzran, saya dah penat." - Aira Zaffira
"Awak nyawa saya, selagi saya hidup... saya takkan pernah lepaskan awak." - Izzran Shah