Jika Takdir Berkata Kamu

Jika Takdir Berkata Kamu

  • WpView
    Reads 5
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Mon, May 25, 2026
Nur Nayla; seorang pelajar ijazah tahun dua jurusan kewartawanan menghadiri PBAKL untuk melaksanakan tugasan berkumpulan. Sesi wawancara bersama pengunjung perlu didokumentasikan bagi mendapatkan markah penilaian berterusan. Alvin Zhang; seorang akauntan forensik menghadiri pesta tersebut demi sebuah kejutan untuk orang tersayang. Apabila si peminat novel tegar dan si kiasu berebut seunit novel di rak yang sama, siapakah pemenangnya? "Eh, saya yang pegang novel tu dulu! Tangan encik yang landing atas tangan saya, pastu encik nak lari macam tu saja?" - Nur Nayla "Kenapa tak boleh? Nak saya bawak lari awak sekali ke?" - Alvin Zhang Kuat pula jodoh mereka. Namun semakin kerap bertembung, semakin kuat rasa ingin tahu Nayla terhadap Alvin yang amat janggal. Makan di restoran semata-mata mahukan resit. Lepak dengan kawan, tapi cuma pesan air kosong. Makan pula kelam-kabut dan balik terus. Satu hari, Nayla dan kawan-kawannya bertelagah dengan seorang pengurus restoran sebelum Alvin tiba bersama bukti yang menunjukkan sisi gelap cawangan tersebut. Segala persoalan di fikiran Nayla saling berkait. Selama ini, dia menyaksikan siasatan secara langsung! Lensa wartawan Nayla menilai konflik itu menarik untuk digali saat orang lain memilih untuk abaikannya. "Apa interpretasi awak tentang bukti-bukti ni? Rasuah? Money laundering? Penggelapan wang?" - Nur Nayla "Orang luar tak boleh terlibat. Kalau atasan aku tahu, sia-sia saja usaha aku." - Alvin Zhang Pelbagai alasan Nayla utarakan untuk terlibat dalam siasatan tersebut walaupun tetap menerima penolakan lalu berundur diri. Kelegaan Alvin akan pengunduran itu tidak kekal lama setelah menerima mesej daripada entiti yang digelar Darkstorm. "Aku tahu apa yang kau cari dan apa kau nak jatuhkan." - Darkstorm Sejak itu, keyakinan Alvin untuk menyiasat seorang diri semakin goyah. Adakah dia akan pertimbangkan pertolongan tulus Nayla? Atau menaruhkan kepercayaan kepada pihak yang dipersoal kesetiannya?
All Rights Reserved
#393
cinta
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • SATU MALAM | OG
  • [C] Cinta Terakhir
  • CARDIO: ASH (COMPLETE)
  • [C] HATI (Buah Hati #1)
  • MUTE
  • Permission to Fall, Prof!
  • Aydeen's Untold Heart (Completed)
  • GILDED OBSESSIONS (#1): THE VELVET CAGE
  • Cinta Tanpa Ruang

○Bacaan ringan dan santai○ ⚠️ tatabahasa tunggang-langgang. Read it at your own risk ⚠️ Zael Indera x Izel Aralyn Masa lalu kelam yang menghantui diri menjadikan Izel pesimis terhadap kehidupan berpasangan. Bagi Izel Aralyn, tiada istilah cinta dari lelaki luar yang boleh membahagiakan kerana kaum itu hanya menyakiti jiwa dan raga seseorang wanita. Namun, takdir menyimpan rahsia sebaliknya. Pertemuan Izel Aralyn dengan salah seorang sahabat abangnya merubah warna dalam hidup Izel. Memberi seribu persoalan dan ragu tentang layanan yang jejaka itu berikan kepada Izel. Dan dalam masa yang singkat, ternyata sang jejaka telah menaruh hati padanya. Pinangan lelaki itu ditolak, dan takdir memisahkan mereka buat seketika. Namun entah mungkin kerana jodoh mereka yang kuat, Izel tetap disatukan dengan sang jejaka. Awalnya Izel bertekad untuk membenci, tanpa sedar secebis hati telah diserahkan buat lelaki itu. Ikatan suci yang termeterai membina kepercayaan. Personaliti sang jejaka membelai sukma. Bagi seorang Izel Aralyn, Zael Indera terlalu sempurna untuk dia yang banyak kekurangan. Namun, saat hati mula meletakkan kepercayaan, dugaan demi dugaan datang membadai laut yang disangka akan selamanya tenang. Mampukah Izel bertahan? Atau adakah rumahtangganya akan hancur seperti apa yang ditakutinya selama ini? Jika dia yang memiliki, akankah bahagia itu kekal abadi? Start: 18 Februari 2025 End:-23 Disember 2025

More details
WpActionLinkContent Guidelines