Tidur bukan lagi istirahat.
Ia cuma simulasi mampos yang gagal.
Dalam dunia yang tak pernah berhenti menuntut,
Raka berjalan dengan jiwa sumbing dan dada yang menyimpan bilah tumpul tidak lagi tajam untuk melawan, tetapi cukup untuk menyakitkan. Setiap pagi adalah latihan patah yang tak pernah selesai. Setiap malam adalah percubaan untuk memadam bising dalam kepala.
Bersama Alya, yang juga memikul sunyi dengan caranya sendiri, mereka belajar bahawa hidup bukan tentang menjadi kebal tetapi tentang berani hadir walaupun retak.
Simulasi Mampos membawa pembaca menyelami dunia dua jiwa retak yang belajar bahawa luka tidak perlu sembuh untuk terus hidup. Kadang cukup sekadar menerima bahawa kita tidak baik-baik sahaja dan itu sudah satu bentuk keberanian.
All Rights Reserved