MATA AU: ELITE 1918

MATA AU: ELITE 1918

  • WpView
    Reads 168
  • WpVote
    Votes 73
  • WpPart
    Parts 14
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, May 31, 2026
Tahun 1935 menjadi titik permulaan bagi lapan orang pemuda dari Taiping, sebuah bandar kecil di Perak yang kaya dengan hasil bumi, namun turut menjadi sasaran kerakusan penjajah British. Di sebalik wajah tenang kota itu, lahir sebuah gerakan rahsia yang dikenali sebagai ELITE 1918. Lapan pemuda ini datang daripada latar keluarga, pendidikan, agama, dan bangsa yang berbeza. Namun perbezaan itu tidak memisahkan mereka. Sebaliknya, mereka bersatu atas ideologi kesatuan, perpaduan, dan semangat cinta yang mendalam terhadap tanah air. Seperti arang batu yang dibasuh tidak akan menjadi putih, perjuangan mereka meninggalkan kesan yang tidak mampu dihapuskan. Biarpun pihak penjajah cuba memadam kewujudan ELITE 1918 daripada catatan sejarah, sejarah tetap kekal sebagai sejarah. Apa yang dipadam daripada rekod tidak pernah benar-benar lenyap daripada ingatan. Tiga bangsa yang berbeza ini tidak bersatu demi kepentingan kaum masing-masing, tetapi demi masa depan anak cucu yang belum lahir, dengan kemerdekaan sebagai teras perjuangan mereka. Walaupun kewujudan ELITE 1918 akhirnya terhapus sepenuhnya daripada rekod rasmi, seorang saksi mata telah menghidupkan kembali kisah mereka. Melalui penemuan sebuah catatan lama yang dikenali sebagai Diari Cik Hanum karya seorang penulis terkenal yang sarat dengan semangat perjuangan seorang penulis muda bernama Hana mula membaca semula sejarah yang cuba dilupakan. Daripada diari itulah lahirnya semula kisah Mata Au, sebuah penulisan yang membongkar kebenaran yang pernah dipadam.
All Rights Reserved
#44
melayu
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • The Dancing Maiden
  • PUTERA YANG TERSINGKIR [C]
  • 𝐏𝐄𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒 [𝐌𝐈𝐍𝐒𝐔𝐍𝐆]
  • ELIGIUS: Hilang yang Pulang
  • 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐚𝐠𝐚𝐢𝐧 ↫나재민
  • KHALIFAH
  • Aisera Arsalan: Bermulanya Kekuatan Empayar Islam (Inspired By Tun Mahathir)
  • P H A R A O H
  • Kal Marjan
  • FAWWAZ HAMZAH: SINAR YANG KEMBALI

Maleeka, Maleeka Hansa.... Dulunya dia seorang puteri raja yang dijaga seperti permata berharga, dijaga dan digilap dengan kain sutera sehingga seorang putera raja terkenal dengan kebijaksaan dan paras rupa mahu menyuntingnya. Sangkanya rombongan sang putera membawa emas dan permata dan tetapi datang bersama tentera bergajah. Sekali gus membawa malapetaka buat Kerajaan Kalira dan seluruh rakyatnya. Maleeka, hilang segala-galanya. "Biarkan dia hidup dalam dalam sengsara melihat kerajaan sendiri hancur di hadapan mata." - Asura 12 tahun kemudian, Maleeka bukan lagi puteri tetapi gadis penari yang melemparkan maruah diri di dalam lembah dendam yang tidak mungkin dipadamkan. Satu surat jemputan singgah di atas ribanya. Persembahan gah buat Raja Asura untuk menyambut ulang pemerintahannya ibarat memperlekehkan maruahnya. "Persembahkan dirimu di hadapan Maharaja Mariya." Asura terpaut dengan kejelitaan dan keasyikan lirikan mata si gadis penari. Sanggup mengenepikan isteri di sisi demi Maleeka Si Gadis Penari. Cinta yang memabukkan itu menyedarkan dia bahawa itu semua adalah dendam Maleeka. "Pentingkah dia?" - Vera "Bakal permaisuriku." - Asura Dan Nazarius, si kesatria yang sentiasa bersama gadis penari itu. Mampu memendam perasaan saat melihat bunga itu perlahan-lahan layu gara-gara cinta. "Beri aku peluang untuk menjalankan tanggungjawabku sebagai... kesatriamu." - Nazarius

More details
WpActionLinkContent Guidelines