Rose Amani. Cuma gadis biasa yang cuba meneruskan hidup seperti orang lain. Rutinnya sama bangun pagi, pergi kerja dan pulang kerja. Tiada apa yang menarik tentang dirinya selain wajah yang sempurna. Namun, di sebalik kesempurnaan itu, dia masih belum pernah bercinta. Trauma masa lalu membuatkan dia hilang kepercayaan terhadap cinta. Johan Iskandar. Lelaki yang santai dan cukup sempurna di mata para gadis. Pemilik sebuah syarikat reka bentuk dalaman yang terkenal dan juga merupakan majikan kepada Rose Amani. Dia juga sudah memiliki seorang kekasih yang tampak sempurna dan merupakan seorang pempengaruh media sosial yang berjaya. Segalanya berjalan seperti biasa sehinggalah Rose mengetahui satu rahsia besar dari rakannya. Tanpa sedar, Iskandar turut terdengar rahsia itu tanpa mengetahui perkara sebenar. Dari situlah bermulanya perjanjian antara mereka untuk mengintip dan merungkai kebenaran di sebalik rahsia tersebut. Namun, daripada sekadar perjanjian mengintip, Rose mula berbelah bahagi apabila perasaannya perlahan-lahan berputik terhadap lelaki itu. Mampukah Rose membuang perasaan tersebut apabila dia sedar Iskandar milik wanita lain? Dan ke manakah tujuan pengintipan ini akan membawa mereka?
More details