Tebus
  • WpView
    Reads 50
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Feb 20, 2026
Bagi Iman, rumah hanyalah sebuah alamat di Johor, tempat dia membesar dengan kasih sayang nenek dan datuk. Kuala Lumpur pula hanyalah persinggahan canggung setiap musim perayaan. Dia selesa menjadi tetamu yang singgah sehari dua sebelum kembali ke dunianya sendiri yang sunyi. Namun tuntutan kerjaya memaksa Iman berpindah masuk ke rumah ibu bapanya secara tetap. Di bawah bumbung yang sama, dia terpaksa berkongsi ruang dengan sosok ayah dan ibu yang memegang gelaran biologi namun terasa asing pada hati. Di situ Iman hanya memerhati keakraban adik adik perempuannya, Irdina dan Sofia. Melihat limpahan perhatian yang tidak pernah dirasainya menguatkan lagi rasa bahawa kehadirannya sebagai anak lelaki memang tidak diinginkan. Dia merasa seperti kesilapan masa lalu yang cuba dilupakan. Di sebalik tumpuan kerja dari rumah, Iman tanpa sedar mula menanti sebuah pengiktirafan yang menyatakan dia juga sebahagian daripada keluarga itu walaupun dia merasa dirinya tidak diperlukan lagi. Bagi ayahnya, kepulangan Iman adalah peluang kedua untuk menebus dosa silam. Rasa bersalah puluhan tahun kini berubah menjadi perhatian mendalam yang penuh ketegangan. Namun di tengah usaha merapatkan jurang, sesuatu mula menyimpang. Perhatian yang terlalu lama dan rindu yang bercampur aduk mula mewujudkan sebuah obsesi gelap. Ayahnya mahu menebus kesilapan masa lalu namun dia mula tersungkur dalam keinginan untuk memiliki semula anak lelaki yang pernah dia abaikan itu. Tebus, kerana setiap kasih sayang yang terlewat pasti ada harganya, dan kali ini harganya adalah sebuah rahsia paling kotor di dalam sebuah rumah yang nampak sempurna di tengah kota Kuala Lumpur.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Forever Isn't What We Promised
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄
  • Permission to Fall, Prof!
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Racing King
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Takdir terakhir kita [C]
  • HELLO QASWAR
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE

[stand alone] Perkahwinan mereka tidak pernah lahir daripada cinta, sebaliknya tercipta daripada kepentingan dan satu kontrak yang menjadikan dua manusia sebagai alat rundingan antara keluarga dan empayar perniagaan. Hazran Qarizh dan Nadrra Kysha disatukan bukan kerana mereka saling memilih, tetapi kerana pilihan telah dirampas lebih awal daripada mereka berdua. Dua tahun. Bagi Nadrra, perkahwinan ini adalah penjara yang tidak pernah dia setujui. Bagi Hazran, ia adalah tanggungjawab yang dia tidak dapat elakkan. Namun dalam dunia yang mereka hidup, kehendak peribadi tidak pernah lebih penting daripada tanggungjawab yang diwariskan. "Don't expect love from this marriage." Namun perasaan tidak pernah tunduk kepada kontrak, dan emosi tidak pernah akur pada tarikh yang telah ditetapkan. "And when this ends... what happens to us?" "Nothing." Perkahwinan ini tidak dicipta untuk selamanya. Ia hanya wujud untuk dipenuhi, bukan untuk diperjuangkan. Kerana selamanya itu, tidak pernah dijanjikan. Hati yang tinggal dalam jasad diri juga bukan milik mutlak manusia, bahkan perasaan yang datang adalah pinjaman dari yang Maha Esa. Apa manusia tetap angkuh merangka takdir, menyangka dia tahu segalanya, sedangkan dia hanyalah sekadar hamba yang mengikut jalan cerita Tuhannya.

More details
WpActionLinkContent Guidelines