BOOK 3: Tiada Sesalan Bagiku 🍀

BOOK 3: Tiada Sesalan Bagiku 🍀

  • WpView
    Leituras 26
  • WpVote
    Votos 0
  • WpPart
    Capítulos 2
WpMetadataReadEm andamento
WpMetadataNoticeÚltima atualização sex, mar 6, 2026
WpInfo
Fanfic
NCT
Story By: irah_syah31 Start: 21/02/2026 End: ??/??/???? Kehilangan. Siapa yang tidak pernah merasainya? Kehilangan insan yang paling disayangi adalah luka terdalam. Luka yang mungkin tidak berdarah, tetapi sentiasa berdenyut dalam diam. Ada yang berkata: "Apabila kita kehilangan sesuatu yang bermakna, barulah kita benar-benar memahami erti kekesalan." Kesal kerana tidak meluangkan lebih masa. Kesal kerana tidak memeluk lebih erat. Kesal kerana terlalu banyak kata sayang yang tertangguh. Itulah yang dirasai oleh Thaqif Zulqarnain. Seorang pemuda yang baru melangkah ke alam dewasa, namun takdir meragut kedua ibu bapanya dalam satu kemalangan tragis, hanya beberapa jam selepas mereka meraikan hari graduasinya. Saat dia ingin menakluk dunia, dunia pula meruntuhkan seluruh sandarannya. Hatinya hancur. Jiwanya kosong. Hidup yang dahulu berwarna tiba-tiba menjadi kelabu dan dingin. Di saat dia hampir tenggelam dalam lautan penyesalan, dia dipertemukan dengan Irsyad Luthfi. Seorang lelaki yang hadir tanpa diduga, membawa kata-kata yang menenangkan dan mengajarnya tentang reda serta makna menerima takdir. Namun pertemuan itu bukan sekadar kebetulan. Seminggu selepas itu, sepucuk surat daripada Irsyad ditemui dalam begnya. Surat yang ringkas, tetapi cukup untuk menggoncang hati yang sudah retak. Surat itu akhirnya membawa Thaqif ke Darul Insyirah Care & Rehabilitation Centre di Parit Buntar, Perak - kampung halaman arwah ibu bapanya. Di situlah bermulanya perjalanan Thaqif... Dalam mencari erti kehilangan, memahami makna pengorbanan, dan menemukan sesuatu yang selama ini tidak pernah dia sedari - bahawa sesungguhnya, setiap takdir yang pahit tersimpan hikmah yang paling indah. Apakah yang membuatkan dia bertekad untuk mencari Irsyad semula sehingga dia memulakan perjalanannya ke sana? Mampukah dia bangkit daripada bayang-bayang masa lalu? Atau penyesalan itu akan terus menjadi teman seumur hidupnya?
Todos os Direitos Reservados
#67
sliceoflife
WpChevronRight
Junte-se a maior comunidade de histórias do mundoTenha recomendações personalizadas, guarde as suas histórias favoritas na sua biblioteca e comente e vote para expandir a sua comunidade.
Illustration

Talvez você também goste

  • Tengku Zayn Michael : obsessive husband [revamp]
  • SISA HUJAN LUKA [end]
  • BINTANG PINJAMAN TERINDAH - C
  • Cikgu Aswad
  • Tenangmu, Menemukan Aku | SU
  • Detak Janji : HIYA نَبْضِي
  • MR. RAYDEN ALBERT'S WIFE (C)
  • AKU ORANG KETIGA (TAMAT)

Book 1 [revamp] 5 tahun lalu, Nurin Ariana diselamatkan oleh seorang lelaki yang tak pernah dia sangka akan mengikat hidupnya sampai hari ini, Tengku Zayn Michael. Lelaki dingin, tanpa perasaan, penuh rahsia... tapi satu-satunya yang melindunginya saat dunia membuang. Kini, nama Ariana sedang diperkenalkan sebagai wanita kepada pewaris Michael Holdings. Namun, dalam diam, Ariana mula menjadi sasaran. Ancaman datang tanpa suara. Bahaya datang dari orang yang paling dekat. Satu demi satu langkah hidupnya kini dipenuhi perangkap yang tak kelihatan. Rahsia lama keluarga. Dendam yang belum padam. Fitnah yang sengaja dipasang. Semua ini bukan kebetulan. Ada yang mahu melihat Ariana jatuh. Ada yang mahu melihat dia hilang. Di tengah semua kekeliruan itu, hanya satu perkara yang pasti. Tengku Zayn Michael takkan biarkan dia disentuh sesiapa. Biar seluruh dunia musuh, Ariana tetap miliknya. Tapi sampai bila Ariana mampu bertahan bila cinta yang melindunginya... juga cinta yang perlahan-lahan memenjarakan dirinya sendiri? Dan bila kebenaran terbongkar, siapa sebenarnya yang menyimpan dendam... dan siapa yang benar-benar mahu dia hilang selama-lamanya? ✦ mohon maaf atas kesalahan ejaan, kekeliruan di dalam cerita ini ✦ terdapat kata-kata kesat, senjata tajam seperti pisau dan pistol, adegan membunuh, harap para pembaca tak mengikuti.

Mais detalhes
WpActionLinkDiretrizes de Conteúdo