cold heart, sweet smile

cold heart, sweet smile

  • WpView
    Lectures 10
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Chapitres 4
WpMetadataReadEn cours d'écriture
WpMetadataNoticeDernière publication jeu., févr. 26, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Mots-cléscoldsweet
Eyden Ryan, seorang Ketua Pegawai Eksekutif muda yang mengambil alih syarikat milik ayahnya. Tegas, dingin, dan sukar didekati. Sejak kecil dia dibesarkan dalam rumah yang besar tetapi kosong. Ibu bapanya terlalu sibuk membina empayar, hingga tanpa sedar membiarkan anak lelaki mereka membesar sendirian. Kesunyian menjadi teman setia. Lilya pula hanyalah seorang pekerja biasa di syarikat itu. Dia sudah berkhidmat sejak zaman ayah Eyden masih menerajui syarikat. Seorang gadis yatim piatu yang membesar tanpa keluarga di sisi. Hidupnya tidak pernah mudah, tetapi dia memilih untuk tersenyum. Murah hati. Ramah. Seolah olah dunia tidak pernah melukainya. Namun tidak semua senyuman lahir daripada kebahagiaan. Mereka pernah bersekolah di sekolah yang sama suatu ketika dahulu. Waktu itu, Eyden sudah terkenal dengan sikap dinginnya. Tidak ramai berani mendekati. Lilya pula adalah antara sedikit manusia yang tidak pernah takut dengan sikapnya. Dari sekolah menengah hingga dewasa, pertemuan mereka sering diwarnai perbalahan. Salah faham demi salah faham menebalkan kebencian yang tidak pernah benar benar hilang. Kini, takdir menemukan mereka kembali. Dia sebagai ketua. Dia sebagai pekerja. Hubungan profesional yang sepatutnya lurus dan jelas menjadi semakin rumit apabila ego, masa lalu dan luka lama mula menghimpit. Eyden yang selama ini tidak pernah percaya pada sesiapa, akhirnya terpaksa berdepan dengan sesuatu yang tidak mampu dia kawal. "Kau buat aku percaya, walaupun aku tak pernah percaya sesiapa." -Eyden Ryan- Namun percaya bukan sesuatu yang mudah bagi dua hati yang telah lama terbiasa berdikari. Dalam kebencian yang membara, wujud perasaan yang tidak pernah mereka akui. "You think I hate you?" -Eyden Ryan- "You do." -Lilya Melina- "I hate that I care." -Eyden Ryan- Persoalannya, mampukah dua hati yang penuh luka ini belajar mempercayai semula? Atau masa lalu akan terus menjadi bayang bayang yang memusnahkan satu satunya peluang mereka untuk bahagia?
Tous Droits Réservés
#33
cold
WpChevronRight
Rejoignez la plus grande communauté de conteursObtiens des recommandations personnalisées d'histoires, enregistre tes préférées dans ta bibliothèque, commente et vote pour développer ta communauté.
Illustration

Vous aimerez aussi

  • Derita Seorang Maira  | C
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Racing King
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Forever Isn't What We Promised
  • Permission to Fall, Prof!
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • HELLO QASWAR
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • Takdir terakhir kita [C]

Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...

Plus d’Infos
WpActionLinkDirectives du Contenu