MANOIR OBSCURA [OG]

MANOIR OBSCURA [OG]

  • WpView
    Reads 109
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 4
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sat, Jul 11, 2026
Sebuah misteri yang belum terungkai. Di tengah hutan yang sunyi berdiri sebuah rumah agam megah, menunggu sesiapa yang cukup berani menjejak langkahnya. Penduduk sekitar mengenalinya dengan satu nama, "Manoir Obscura". Sebuah nama asing yang membawa maksud rumah agam yang diselubungi kegelapan dan rahsia yang tidak pernah terungkap. Luqman Ardhan bersama empat sahabatnya Haris Aryan, Aiman Fayyadh, Ashraf Daniel, dan Ayran Nashif tidak menyangka kunjungan mereka ke tempat itu bakal mengubah segalanya. "Kenapa sunyi sangat ni? Tak ada orang lain ke?" bisik Luqman, cuba menenangkan debar di dada. "Aku pun rasa pelik... tapi mungkin kita je yang ada kat sini," balas Ayran, walaupun suaranya sendiri kedengaran tidak yakin. Namun kesunyian itu bukanlah kosong. Di setiap lorong gelap dan ruang yang dipenuhi bayang, seolah-olah ada sesuatu yang sedang memerhati. Mereka datang untuk mencari jawapan. Tanpa sedar, Manoir Obscura sudah pun mengenali mereka terlebih dahulu. Setiap langkah membawa mereka semakin hampir kepada kebenaran yang tidak sepatutnya dibongkar. Persoalannya Bilakah mereka akan menyedari kebenaran sebenar tentang Manoir Obscura? Dan apabila kebenaran itu terdedah, masih adakah jalan untuk pulang?
All Rights Reserved
#93
friendship
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • KAMPUNG SERUNAI
  • CURANG
  • MALIKA
  • Tok Awang Ngah - Berkelahi Dengan Syaitan (Complete)
  • Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 10 )(COMPLETE)
  • KISAH SERAM "POCONG"
  • Urban Legends
  • KISAH SERAM 'SIMPANG MATI'
  • HOUSEMATE AKU HANTU 3 SERIES C
  • Hentikan Itu

Anwar dan Azizah, pasangan suami isteri yang hidup sederhana, memutuskan untuk mengembara ke kawasan pedalaman Sarawak demi mencari ketenangan dan secebis pengalaman baru di luar bandar. Dalam perjalanan mereka, hujan lebat dan jalan yang berliku-liku membawa mereka ke sebuah kampung yang tidak tercatat dalam peta, sepi dan sunyi, namun pada pandangan pertama, tampak seperti kampung yang masih berpenghuni. Di sinilah misteri bermula. Rumah-rumah kayu yang separuh reput kelihatan hidup - pelita menyala, suara orang bercakap dan ketawa terdengar dari kejauhan, dan makanan masih panas di atas meja. Anwar dan Azizah percaya bahawa mereka telah menemui tempat berteduh yang sempurna, namun mereka tidak menyedari bahawa apa yang mereka lihat hanyalah tipu daya iblis, satu ilusi yang direka untuk menjerat mereka. Seiring malam berlalu, pasangan itu mula menyedari perkara-perkara aneh: bayang-bayang bergerak sendiri, suara-suara menyeramkan yang menyalin setiap gerakan mereka, dan mata-mata kosong yang menatap tanpa berkedip dari kegelapan. Ketakutan dan keraguan mula menyelinap dalam hati mereka. Dari sinilah bermulanya ujian yang sebenar - bukan sekadar untuk melarikan diri dari kampung ghaib itu, tetapi juga untuk menghadapi ketakutan terdalam, menjaga kesetiaan satu sama lain, dan menguji iman mereka. Iblis yang memperdaya mereka tidak hanya mengubah dunia di sekeliling mereka, tetapi juga menggali kelemahan, kegelisahan, dan rahsia hati mereka, menjadikan setiap langkah lebih menakutkan dan sukar dihadapi. "Kampung Serunai" adalah sebuah kisah seram spiritual yang perlahan, mendalam, dan membina ketegangan psikologi, menggambarkan pengalaman manusia yang nyata dalam menghadapi ilusi dan tipu daya ghaib. Ia menekankan kepercayaan, kesetiaan suami isteri, dan ujian iman yang perlu mereka tempuhi untuk kembali ke dunia nyata - atau hilang selamanya dalam bayang-bayang kampung sunyi itu.

More details
WpActionLinkContent Guidelines