Story cover for Diagnosing Love  by queen_angela
Diagnosing Love
  • WpView
    Reads 53
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 2
  • WpView
    Reads 53
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 2
Ongoing, First published Feb 21
1 new part
Blurb~

Kisah ini bermula daripada pertemuan seorang pesakit skizofrenia dan doktor psikiatri

Lu Zhen Kai atau lebih dikenali sebagai Dr. Kai, seorang pakar  psikiatri yang terkenal dengan sikap profesionalnya. Sifatnya yang dingin membuatkan para wanita gerun untuk mendekatinya. Namun segalanya mula berubah apabila dia bertemu dengan seorang pesakit yang menghidap skizofrenia. Dalam dia merawat wanita itu, tanpa sedar hati Kai terusik. Pertemuan itu menjadi titik permulaan kepada Kai yang tidak pernah dia jangka dalam hidupnya.

Hana Nadira Yasmin ialah seorang wanita yang melalui zaman kanak-kanak yang penuh penderaan dan tekanan. Selepas kematian ayahnya, ibunya berkahwin lain dan sejak itu hidup Hana berubah menjadi lebih teruk. Dia sering menerima penderaan dari segi mental dan fizikal sehinggalah Hana mempunyai penyakit Skizofrenia.

Apabila menginjak dewasa, Hana membina kehidupannya sendiri. Dari novelis sehinggalah berjaya membuka bisnes sendiri. Namun dirinya masih tenggelam dalam kisah silam yang dialaminya.

Akhirnya, Hana memutuskan untuk merawat dirinya sendiri. Dia mula menjalani rawatan psikiatri demi mengawal skizofrenia dan trauma yang dialaminya selama ini. Tanpa diduga, doktor yang mengendalikan ialah Lu Zhen Kai.Pada awalnya, hubungan mereka cuma antara doktor dan pesakit. Lama-kelamaan, tanpa mereka sedar, kedua-duanya mula menyimpan perasaan antara satu sama lain. Tetapi perasaan itu dipendam kerana cinta mereka terhalang disebabkan perbezaan agama.

Lu Zhen Kai: "I cintakan you Hana. I ikhlas cintakan you dengan setulus hati I" 

Hana: "Maaf Zhen... cinta kita terhalang sebab perbezaan agama. Untukmu, agamamu... untukku, agamaku"

Bagaimanakah pengakhiran antara Zhen dan Hana? Antara masjid dan gereja, antara tasbih dan salib.
All Rights Reserved
Sign up to add Diagnosing Love to your library and receive updates
or
#44romantik
Content Guidelines
You may also like
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C by fiqalynaaa
82 parts Complete
Bagi Darina Farissa, kerjaya dan keluarga adalah segala-galanya bagi dirinya, perasaannya pula diletakkan ke tepi. Sudah beberapa kali dia didesak oleh orang sekeliling, kata mereka dengan umur Darin semakin meningkat dewasa, tidak elok jika bersendirian lama-lama. Takut tidak laku sahaja nanti. Sehingga lah teman baiknya, Mawar si pakar 'matchmaker' terhandal mengatur temu janji untuknya. Darin melayankan saja walaupun dia memang tiada niat mencari cinta. Dia bertemu dengan Yazzed Qayyum. Kebetulan, Yazeed juga sedang didesak oleh maminya supaya cepat-cepat mencari jodoh. Temu janji pertama mereka, gagal. Darin melarikan diri walhal mereka masih tidak habis berbual. Yazzed hanya redha, mungkin bukan jodoh mereka. Kali kedua, mereka bertemu di kenduri kahwin kawan mereka. Namun Darin tidak mengecam Yazzed. Kenduri kahwin tersebut berakhir dengan insiden memalukan bagi Darin. Darin mula menyimpan dendam dengan Yazzed sejak daripada itu. Mereka bertemu untuk ke sekian kali di hospital tentera, Darin bertugas selama 3 bulan di hospital tentera di kem Yazzed. Bermula lah sesi kejar mengejar. Awalnya Darin jual mahal, lama-lama luluh juga hati apabila setiap kali dia dilanda masalah, Yazzed yang akan menjadi hero untuknya. Namun hati Darin ragu-ragu, dia masih terperangkap dengan masa lalu. Walaupun kehidupan Yazzed penuh dengan disiplin dan keberanian sebagai anggota pasukan khas, menghadapi hati Darin yang tertutup akibat kehilangan, bukanlah misi mudah. Dia tahu, untuk menawan hati Darin, dia perlu sabar dan memahami luka yang dibawa gadis itu. "Saya... tak pasti kalau saya boleh mencintai lagi, Yazzed." - Darin Farissa "I'll be your healer's heart then, Nur Darina Farissa." - Yazzed Qayyum "Ruang dalam hati kau ada tempat lagi tak? Aku nak ada dalam ruang tu, boleh?" - Yazzed Qayyum Start : 29 januari 2025 End : 18 februari 2026
You may also like
Slide 1 of 10
Aku Haziq Wafiq [COMPLETED] cover
[C] HATI (Buah Hati #1) cover
Hate To Love ✔ cover
Saat Mata Bertemu | SLOW UPDATE  cover
Racing King cover
RINDU DI ANTARA TAKDIR (OG) cover
Deadly Bloom (Coming Ebook)  cover
[C] The BOY cover
Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C cover
DE PROMOTE | CLOSE cover

Aku Haziq Wafiq [COMPLETED]

65 parts Complete

Sudah 10 tahun diorang tiada selepas 10 tahun mereka come back semula apa terjadi selepas 10 tahun itu? Start:9/10/2024 END: 5/5/2025