Diagnosing Love (OG)

Diagnosing Love (OG)

  • WpView
    LECTURAS 402
  • WpVote
    Votos 72
  • WpPart
    Partes 13
WpMetadataReadContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación mar, jul 28, 2026
Karya ini adalah rekaan semata-mata. Sebarang persamaan dengan mana-mana individu, sama ada yang masih hidup atau telah meninggal dunia, adalah kebetulan semata-mata Blurb~ Kisah ini bermula daripada pertemuan antara seorang pesakit skizofrenia dan doktor psikiatri. Hana Nadira Yasmin merupakan seorang wanita yang membesar dalam kehidupan yang penuh penderaan dan tekanan. Selepas kematian ayahnya, ibunya berkahwin lain dan sejak itu hidup Hana berubah menjadi semakin teruk. Penderaan mental dan fizikal yang dialaminya akhirnya menyebabkan dia menghidap skizofrenia. Apabila meningkat dewasa, Hana berjaya bangkit dan membina kehidupannya sendiri. Daripada seorang novelis, dia kini turut bergelar usahawan yang berjaya. Namun, jauh di sudut hati, trauma di masa silam masih menghantui dirinya. Demi mendapatkan kehidupan yang lebih baik, Hana mengambil keputusan untuk menjalani rawatan psikiatri. Tanpa diduga, doktor yang merawatnya ialah Lu Zhen Kai atau lebih dikenali sebagai Dr. Kai, seorang pakar psikiatri yang terkenal dengan sikap profesional dan peramah. Pada awalnya, hubungan mereka hanyalah antara doktor dan pesakit. Namun, semakin lama mereka mengenali, mereka menyimpan perasaan di antara satu sama lain. Namun, banyak dugaan yang menimpa ke atas mereka berdua. Lu Zhen Kai: "I cintakan you Hana. I ikhlas cintakan you dengan sepenuh hati I" Hana: "Maaf Zhen... cinta kita terhalang kerana perbezaan agama. Untukmu agamamu, dan untukku agamaku" Bagaimanakah pengakhiran antara Zhen dan Hana? Antara masjid dan gereja, antara tasbih dan salib.
Todos los derechos reservados
#1
alone
WpChevronRight
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • PELUANG: MotoGP Uzair Abedeen
  • [ C ] | Perfect two : NIRMALA KASIH HANAN (TERBIT)
  • Di Balik Lensa
  • Cinta Tak Setaraf [ C ]
  • Married With Mr. Cikgu
  •  My Sweet Mr. Short !
  • ACCIDENTALLY YOURS [OG]
  • BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔ [BAKAL TERBIT]
  • JANJI YANG TERPUTUS [ C ]
  • Malaikat Tak Bersayap [✔]

MotoGP Malay Fiction Dunia perlumbaan moto sudah lama menjadi impian Uzair Abedeen. Berkat pekerjaan bapanya sebagai tim mekanik dalam perlumbaan DTS memberi peluang pada Uzair untuk selami dunia perlumbaan moto terkenal, MotoGP. Seawal usia 15 tahun, Uzair didaftarkan ke akademi perlumbaan, mengasah bakat yang sudah lama terpenda sehingga berjaya membuahkan hasil. Di usia 21 tahun, Uzair berjaya meraih gelaran juara dunia dalam Moto3. Hanya tinggal beberapa anak tangga sebelum Uzair dapat beraksi di perlumbaan MotoGP. Namun, sebaik terima kemenangan pertama, Uzair berubah menjadi seorang yang angkuh. Uzair sesat dalam keseronokan dunia yang membawa dirinya lupa pada keluarga dan agama. Pada Uzair, dia berhak peroleh kebebasan walaupun perkara itu haram di sisi agama. Tiada nasihat yang dapat kembalikan Uzair Abedeen ke pangkal jalan. Tidak sehingga bapanya bertindak untuk batalkan kontrak Uzair dan hantar anak lelakinya itu kembali ke Malaysia demi kebaikan Uzair sendiri. Awalnya, Uzair enggan tetapi apa yang dia boleh lakukan selain akur? Kepulangan Uzair di Malaysia membuatkan Uzair tidak bersemangat dalam lakukan apa-apa. Dia sambung belajar tetapi tidak pernah suka lakukan semua itu. Uzair rindukan latihan perlumbaan di Jerman serta sokongan daripada peminatnya. "Aku perlukan pembantu rumah tapi aku tak nak pembantu aku tu ada 24 jam dalam rumah aku" - Uzair Abedeen "Ambil aku! Aku boleh jadi pembantu rumah merangkap pembantu peribadi kau!" - Afra Seroja Pengenalan ringkas Uzair bersama Seroja memudahlan hidup Uzair. Semua kerja yang diberi oleh pensyarah, Uzair hulur pada Seroja untuk diselesaikan. Urusan rumah juga Uzair beri kepercayaan pada Seroja. Tidak sia-sia Uzair terima rakan kelas menjadi pembantu. Hubungan yang sebatas pembantu perlahan-lahan berubah menjadi akrab. Uzair selesa luahkan segalanya pada Seroja sementara Seroja sering menadah bahu, tidak mengomel saat dengar Uzair bercerita dan perlahan-lahan... melibatkan perasaan.

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido