Love you Mr Husband

Love you Mr Husband

  • WpView
    Reads 96
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 9
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Mar 1, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Tengku Fathi Farhat bin Tengku Idris. Dia bukan lelaki yang pandai untuk berbicara.Pendiam, dingin, dan sering menjaga jarak dengan mana mana perempuan yang cuba mendekatinya dan-dia tidak pernah selesa berurusan dengan perempuan. Kecuali dua orang. Umi dia. Dan seorang gadis bernama Sharifah Ariana Az Zahra binti Megat Idrus Sejak kecil, Ariana sentiasa berada dalam dunia Fathi. Gadis yang terlalu ceria untuk lelaki sependiam dia. Gadis yang terlalu bising untuk dunia Fathi yang sunyi. Tapi entah bagaimana, hanya Ariana yang Fathi benarkan masuk ke ruang hidupnya. Keluarga mereka rapat. Persahabatan itu sudah lama terjalin- sehingga Ariana kehilangan segalanya dalam sekelip mata. Kematian mama dan papa Ariana meruntuhkan dunianya. Dan pada saat itulah, Fathi membuat satu keputusan yang mengubah hidup mereka berdua. Perkahwinan. Bukan kerana cinta yang diucap. Bukan kerana janji manis. Tetapi kerana tanggungjawab. Kerana perlindungan. Dan kerana Fathi tidak pernah tahu cara lain untuk menjaga Ariana... Selain dengan menjadikannya isterinya. Dalam perkahwinan yang dirancang keluarga, Ariana belajar hidup dengan seorang suami yang jarang bercakap, jarang meluahkan rasa, dan tidak pernah tahu cara memujuk dengan kata-kata. Namun di sebalik sikap nonchalant itu, Fathi mencintai dengan cara paling senyap- menjaga, melindungi, dan sentiasa ada walaupun tanpa suara. Dan Ariana pula, dengan perangai gila-gila dan tiga sukunya, perlahan-lahan belajar bahawa cinta tidak selalu perlu diucapkan... Kadang-kadang, ia cukup dirasai. Kerana bagi Ariana- dia mungkin tidak pernah dengar kata kata sayang daripada suaminya... Tetapi setiap tindakan Fathi sentiasa membuktiknnya.
All Rights Reserved
#114
sedih
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • The Fatih's Court
  • Syaqil's Faithful Heart
  • MUTE
  • His Secret Wife
  • Skate To Escape
  • [C] Pelan Cinta
  • KESEMPATAN KEDUA
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • Permission to Fall, Prof!
  • Bukan Milik Abadi | C

[COMPLETED] Court series 3 - 2023 "Ini lah kubur kau, bodoh! Gali sekarang!" Engku Fatih hilang sabar. Bang! Cangkul disepak ke arah Ezarra dan nyaris-nyaris terkena Ezarra yang masih menikus di depannya. Bergetar jari runcing itu mencapai batang cangkul tersebut. Melihat kemarahan Engku Fatih, Ezarra fikir kerja tak masuk akal ini tanpa mustahilnya lagi. Peluh merecik hebat ke dahi dikesatnya laju dengan telapak tangan. Selepas itu, barulah tangannya mula berkerja atas arahan dan permintaan Engku Fatih tadi "Dalam dunia ni, kita tak boleh baik sangat dengan orang, Fatih. Bila kita terlalu baik mereka mudah pijak kepala kita. Jadi, bila orang buat baik, kita baik. orang buat kita, balas balik." Itulah prinsip hidup Engku Fatih. Engku Fatih, seorang lelaki yang telah tenggelam dalam dendam dan egois sejak umur enam tahun. Engku Fatih, bukanlah seorang romeo berpujangga. Buta terhadap cinta, obses terhadap prinsip. Tak ada siapa yang menyedarkan. Engku Fatih hanyut dan terus hanyut sehingga menghakim insan yang tidak bersalah tanpa belas kasihan. Disitu, Engku Fatih mulai sedar dendam itu adalah prinsip yang telah memusnahkan dirinya sendiri.

More details
WpActionLinkContent Guidelines