Bukan tentang kembali. Tapi tentang yang tak pernah pergi...
Rayyan Zafran membesar dengan satu perasaan yang tak pernah benar-benar hilang, rasa tidak layak untuk dicintai.
Di zaman sekolah, dia hanyalah pelajar nakal yang memikul luka sendirian. Tekanan keluarga dan kesunyian yang terlalu lama membuatkan dia hampir menamatkan hidupnya pada satu malam yang dipenuhi hujan.
Hari itu, Alya datang. Bukan sebagai penyelamat.
Cuma sebagai seseorang yang memilih untuk tinggal. Dari bangku sekolah, cinta mereka tumbuh perlahan dalam diam, dalam janji yang tak pernah diucapkan sepenuhnya. Namun cemburu dan khianat memisahkan mereka sebelum sempat cinta itu matang.
Rayyan pergi membawa impian dan luka. Alya tinggal membawa kenangan. Bertahun-tahun kemudian, Rayyan Zafran kembali sebagai lelaki berjaya dengan galeri seni dan nama besar. Tetapi di sebalik kejayaan itu, ada hati yang masih rapuh.
Alya pula membina hidup sederhana dengan kedai bunga kecilnya - sambil menyimpan setiap keratan berita tentang Rayyan dalam satu folder bernama "Hujan". Dia tak pernah mencari. Dia cuma percaya yang perasaan itu masih ada.
Pertemuan semula mereka bukan sekadar tentang cinta lama. Ada Farid yang hampir menggantikan tempat Rayyan. Ada Sofea yang cemburu hingga sanggup mengkhianati. Ada saat di mana Rayyan sendiri melepaskan Alya kerana merasakan dirinya tidak cukup baik. Namun cinta yang sebenar bukan tentang siapa yang sempurna. Ia tentang siapa yang tetap memilih walaupun diberi peluang untuk pergi.
All Rights Reserved