[Stand Alone] | Perfect Series. 𝐔𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐈𝐳𝐝𝐢𝐡𝐚𝐫 𝐑𝐚𝐟𝐟𝐚 & 𝐒𝐡𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐀𝐪𝐢𝐥𝐚 "Takdir itu tak pernah salah, tapi sentiasa sempurna apabila bertemu dengan orang yang tepat," - Hanya kerana percaturan keluarga, akhirnya mereka disatukan. Kahwin tanpa cinta, itu yang dihadapi oleh Shaneen Aqila dan Zareel Idham. "Kau kena ingat, kita kahwin sebab mama." - Zareel Idham "Saya cintakan awak, Zareel." - Shaneen Aqila Namun, perkahwinan itu hanya bertahan selama tujuh bulan saja. Dan akhirnya, Shaneen Aqila bebas daripada cengkaman yang menyeksa seluruh raganya. "Saya nak berpisah." - Shaneen Aqila Setelah bertahun-tahun meninggalkan bandar itu, siapa sangka Shaneen dipertemukan semula dengan Izdihar Raffa. Seorang lelaki yang tidak kenal erti lelah, putus asa demi mendapatkan cinta yang terumbang ambing. Izdihar tidak mengalah begitu sahaja, dia inginkan Shaneen Aqila sebagai isterinya. Kerana dari awal pertemuan, Izdihar Raffa memilih Shaneen Aqila. "Awak kahwin dengan saya. Saya janji awak akan bahagia, Neen." - Izdihar Raffa "Saya dah trauma dengan perkahwinan, Iz." - Shaneen Aqila Kerana itulah dinamakan takdir yang sempurna. Berpisah jauh sekalipun, jika ditakdirkan bersama, pasti akan bersatu juga. "Terima kasih sentiasa ada dengan saya. Saya sayangkan awak." - Shaneen Aqila START : 16 February 2026 END : ALL RIGHT RESERVED EYRESHAA 2025 cover cantik by umyhaise sayang x
Detail lengkap