Dari Pena ke Hati

Dari Pena ke Hati

  • WpView
    Reads 8
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Mar 1, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Amsyar menopang kepala melihat tulisan di papan putih. Sebelah tangannya menyalin soalan Matematik dengan rasa malas ke dalam buku. Matanya mengerling ke sebelah, melihat Hafiy yang sudah siap menyalin sedang menyelesaikan masalah yang kelihatan mudah baginya. "Kau ni tulis nombor pun nampak tulisan cantik, kemas macam perempuan," beritahunya, membandingkan tulisan kemas Hafiy dengan tulisan cakar ayamnya. "Kau punya tulisan taklah teruk mana. Masih boleh dibaca." Hafiy bersuara tanpa mengalihkan pandangan dari dada buku. Amsyar mencebik. "Tak teruk pun, tetap Puan Low duk bising dekat aku pasal tulisan aku." Hafiy diam. Tidak mengiyakan, tidak juga menidakkan. "Fi, tolong aku boleh?" Amsyar tiba-tiba tersengih. Dia duduk tegak. Hafiy menoleh. Keningnya berkerut. "Aku nak confess laa tapi aku segan." Amsyar menutup mukanya menahan malu. Hafiy membuat muka jijik. "Geli laa kau ni. Sikit-sikit segan. Nak confess pergilah confess." "Ish tak nak lah confess depan-depan." "Dah tu?" "Aku nak tulis surat. Tapi kau tolonglah aku tuliskan." Amsyar membuat muka kesian meminta simpati rakan baiknya. Tambah kerutan di dahi Hafiy. "Kau yang nak confess dah kenapa aku pulak kena tulis?" "Tulisan kau cantik. Kau tolong tulis je apa aku nak cakap, tapi kalau ayat aku pelik sangat, kau tolonglah betulkan. Bolehlah fi. Aku belanja kau ABC sebulan." Amsyar menggoyangkan lengan Hafiy. "Bolehlah... Bolehlah..." Hafiy membuat muka. "Tak nak lah ABC. Aku nak cendol." Meskipun dia rasa tidak mahu masuk campur, tapi rasa kasihan pula dengan kawannya yang malu tak sudah ini. Mata Amsyar terus bersinar-sinar. "On! Kau lah sahabat dunia akhirat aku." Hafiy cebik. "Tang mintak tolong je sahabat dunia akhirat, tang aku tak tolong tu..." Dia jeling Amsyar yang sedang tersengih seperti kerang busuk.
All Rights Reserved
#2
loveletters
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • 7 𝙨𝙩𝙚𝙥𝙗𝙧𝙤𝙩𝙝𝙚𝙧⚠︎︎ ||byuntae||
  • Tidak Untuk Lepaskan Mu.. (✔COMPLETED)
  • BENGONG
  • USTAZ WARDI [18SX - COMPLETED]
  • 𝐏𝐨𝐧𝐝𝐏𝐡𝐮𝐰𝐢𝐧 𝐎𝐧𝐞𝐬𝐡𝐨𝐨𝐭 (𝟏𝟖𝟐𝟏+)
  • Misi Pikat Hati Suami
  • Belajar sains(Completed)
  • [TERPAKSA MELAKUKAN]{complete}

Kisah perempuan yang tinggal bersama 7 abang tirinya yang byuntae lagikan teruk. Apa nasib budak tu?? . . . (18++)🔥🔞 Sapa otak yg byun tu baca la yg innocent tu jangan gatai nak baca!!! Nak kecam pergi jauh-jauh byee Complete

More details
WpActionLinkContent Guidelines