Lama mereka hidup dalam bahagia. Di sisi mereka, keluarga yang semakin berkembang melengkapkan hari-hari mereka masing-masing dalam keluarga kecilnya mengecapi kebahagiaan sendiri. Namun, siapa sangka... di sebalik kebahagiaan yang dibina, kehadiran seorang wanita dari masa lalu kembali menghancurkan segalanya, ibunya sendiri. "Jangan Kak Lis sebut tentang orang yang adik tak suka." - Erisha "Ibu dibebaskan nanti dia nak duduk mana? Duduk dengan dia? Adik awak lagi nak macam tu ke?" - Alissa Alissa menunjukkan belang, berpunca daripada sikap Erisha yang dilihat biadab terhadap ibu mertuanya. Baginya, Erisha tergamak mahu menjadikan rumah ibu mertuanya sebagai rumah anak yatim. "Sampai hati love nangis tanpa abang." - Hael Siapa lagi tempat Erisha bersandar kalau bukan lelaki yang paling dia cintai? "Love... Apa ni panggil adik-adik tetamu? Diaorang tu abang dah anggap penghuni rumah ni sama-sama dengan kita tau." - Erisha Luka lama yang belum sembuh membuatkan dia terus menjauh. "Abang tak faham... abang takkan faham rasa sakit Risha, sama macam abang tak sedar abang tak peduli apa yang arwah mama buat." Akhirnya, masa lalu yang dilupakan kembali diungkit. Kata-kata yang terlepas dari bibirnya menjadi racun yang memakan diri. Tengku Hael menanggung sesal yang menghimpit. Tengku Hael hanya mampu memilih untuk menghukum diri kepada Maha Esa, kecewa akan kata-kata Erisha. "Cuba bayang dia letak racun ke dalam makanan kita, sama-sama almarhum jawabnya." - Alissa Tanpa Alissa sedar, dia kembali menjadi antagonis dalam hidup Erisha, membakar kebencian dalam hati adik-adik yang lain. "Sampai orang luar pun kau sanggup angkat, sanggup anggap macam darah daging sendiri semata-mata nak tutup lubang kosong dalam hidup kau." Malah tamparan yang singgah di pipinya. Lebih perit, apabila tangan itu datang daripada seseorang yang selama ini dia anggap sebagai kakak sendiri.
More details