Laysha Mawara

Laysha Mawara

  • WpView
    Reads 62
  • WpVote
    Votes 26
  • WpPart
    Parts 13
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Mar 8, 2026
"Laysha kena bayar semua 'hutang' yang Laysha tak pernah pinjam." - Laysha Mawara "Dua tahun itu sekejap saja! Selepas itu, kalau kamu nak mati sekalipun, Ibu tak peduli!" - Puan Haleema Bagi Laysha Mawara, dia hanyalah barang pertukaran untuk menyelamatkan maruah keluarga. Dia bersiap sedia untuk menjadi isteri kepada Kareem Yazdan demi wasiat arwah atuknya. Namun, saat tangan kaku bersatu di meja akad, suara yang bergema bukanlah milik lelaki yang disangkanya. "Aku terima nikahnya, Laysha Mawara binti Safwan..." Dunia Laysha runtuh. Lelaki itu adalah Kharis Yasaar-lelaki yang pernah dia hancurkan hatinya tiga tahun lalu. Kharis tidak pulang untuk menyelamatkan maruah, tetapi untuk menuntut hutang hati yang belum berbayar. "Sakit?" bisik Kharis tajam sebaik cincin meluncur ke jari. - Kharis Yasaar "Ini baru permulaan, Laysha." Laysha menyangka dia memasuki sebuah perlindungan, tanpa sedar dia sebenarnya melangkah masuk ke dalam kandang "harimau" yang sedang lapar akan pembalasan.
All Rights Reserved
#465
novelmelayu
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Permission to Fall, Prof!
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Forever Isn't What We Promised
  • HELLO QASWAR
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Racing King

📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

More details
WpActionLinkContent Guidelines