
Cerita terkini 2026 Jauh di semesta Andrelina, satu planet yang jarang dikunjungi oleh kuasa-kuasa besar. Kuasa-kuasa besar percaya yang planet tersebut mundur dan telah musnah berabad yang lalu. Planet Muta. Planet ini hanya didiami oleh spesis-spesis buangan dari seluruh semesta Andrelina. Peperangan kerap berlaku kerana spesis-spesis yang datang dari pelbagai latar belakang, berbeza planet dan kemahuan. Mereka hanya mahukan kuasa dan pepecahan. Keadaan planet Muta yang berawan menjadikan cuacanya sentiasa sejuk dan gelap. Planet ini mempunya satu bulan yang amat besar dan mampu menerangi keadaan malam. Planet ini mempunyai keadaan muka bumi dan fizikal yang bergunung-gunung. Planet ini mempunyai peninggalan kota yang telah lama musnah akibat peperangan yang berlaku selama ini. Tumbuhan yang besar dan menakutkan tumbuh di kebanyakan kawasan di planet ini. Tiada pembangunan baru dan canggih. Binatang-binatang buas hidup berkeliaran di planet ini. Spesis-spesis yang hidup di sini juga hanya tahu berperang dan membunuh sesama sendiri untuk meneruskan kehidupan. Menjadikan planet ini sangat bahaya untuk didiami. Walaupun keadaan yang kucar-kacir dan bahaya, planet ini sentiasa diawasi oleh tentera-tentera robot yang dikenali sebagai Amadeus. Tentera Amadeus cuba memastikan planet ini maju semula dengan menjaga keamanannya. Walau bagaimanapun, ianya amat sukar kerana kuasa-kuasa besar di luar semesta sentiasa menjadikan planet ini sebagai penjara bagi tahanan mereka.All Rights Reserved
1 part