Antara Darjat dan Cinta
[FIRST STORY]-slow update
𝙰𝚍𝚢𝚊 𝚁𝚊𝚒𝚜𝚢𝚊 × 𝚃𝚎𝚗𝚐𝚔𝚞 𝙰𝚍𝚢𝚊𝚗 𝚉𝚊𝚢𝚍𝚎𝚗
Adya Raisya, seorang gadis biasa yang hidup sederhana namun menyimpan jiwa yang kuat, tidak pernah menyangka takdir akan mempertemukannya dengan seorang lelaki berdarah bangsawan-Tengku Adyan Zayden. Seorang pewaris empayar keluarga yang dikenali dengan ketegasan, dingin, dan penuh disiplin dalam dunia perniagaan.
Pertemuan mereka bermula dengan salah faham yang kecil, namun perlahan-lahan berubah menjadi ikatan yang sukar dijelaskan. Adya Raisya mula menyedari bahawa di sebalik sikap dingin Tengku Adyan Zayden, tersembunyi hati yang pernah terluka dan takut untuk mencintai. Namun cinta mereka bukanlah jalan yang mudah-darjat, keluarga, dan rahsia lama menjadi tembok yang menguji setiap rasa yang mula tumbuh.
Ketika hati mula memilih, takdir pula mula menguji. Adakah cinta mereka akan menjadi satu pengakhiran yang indah, atau hanya sekadar kisah yang tidak sempat memiliki nama?