(slow update)
Perkahwinan yang sepatutnya menjadi perlindungan... akhirnya berubah menjadi hukuman.
Nur Rynna Azelya & Rafael Qaydan.
Yang pasti pertemuan pertama mereka bukanlah yang pertama.
Dalam hidup yang penuh kegelapan, Rynna pernah diselamatkan oleh seorang lelaki yang tidak pernah sempat dikenalinya. Lelaki yang menariknya keluar dari neraka yang dicipta oleh darah dagingnya sendiri.
Dan tanpa dia sedari... lelaki itu adalah orang yang kini berdiri di hadapannya.
Rafael Qaydan.
Lelaki yang pernah menyelamatkannya.
Lelaki yang kembali hadir... bukan sekadar untuk melindungi tetapi untuk memiliki.
Pertemuan kedua mereka mencipta memori yang tidak pernah Rynna jangka. Janji demi janji diukir, dan buat pertama kalinya, Rynna percaya mungkin dia akhirnya boleh hidup tanpa rasa takut.
Namun kebahagiaan itu tidak bertahan lama.
Perkahwinan yang dibina atas perlindungan, perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih menyakitkan.
Rynna tidak pernah menyangka... lelaki yang pernah berjanji untuk menjaganya, kini menjadi orang pertama yang sanggup melepaskannya hanya kerana satu kesalahan.
Tetapi di sebalik setiap kata dingin Rafael, tersembunyi rahsia yang belum terungkai.
Dan di sebalik semua itu...
masihkah ada ruang untuk mereka kembali?
Atau semuanya hanya akan berakhir sebagai satu penyesalan?
"Jangan hukum dia terlalu lama, Raf..."
Seluruh Hak Cipta Dilindungi Undang-Undang