Raiha, seorang pelajar kolej, menyembunyikan identitinya sebagai penulis blog gosip terkenal, "Rai Blog". Demi mengejar klik dan perhatian dunia maya, dia menulis artikel panas tentang Muhammad Aryan Isyraf, rapper utama kumpulan Eclipse 7.
Namun, tindakannya itu memakan diri sendiri apabila Aryan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Dalam usaha menebus kesilapannya, Raiha menyusup masuk ke dunia Eclipse 7, bukan sahaja untuk membersihkan nama Aryan, tetapi juga untuk menyelamatkan reputasinya sendiri.
Tanpa disangka, dia mula mengenali sisi sebenar Aryan - seorang bintang yang tampak sempurna di mata peminat, tetapi menyimpan rahsia besar yang mampu menghancurkan karier dan dunia yang dia bangunkan sendiri.
Tous Droits Réservés