Dangerously Yours

Dangerously Yours

  • WpView
    LETTURE 170
  • WpVote
    Voti 7
  • WpPart
    Parti 6
WpMetadataReadPer adultiIn corso
WpMetadataNoticeUltima pubblicazione lun, apr 6, 2026
WpInfo
Narrativa
Storie d'Amore
Ken Rayzen, seorang jejaka yang mempunyai wajah yang bengis, wajahnya yang sentiasa tiada secalit senyuman itu amat mengerikan. Senyumannya mahal, hanya orang tertentu yang dapat melihat dia tersenyum. Hidupnya yang mewah, tidak pernah ada kurangnya tentang harta. Namun disebalik semua kemewahan itu, dirinya hanya dipaksa untuk menjadi sesempurna ini. Dunia gelapnya mempertemukan dia dengan gadis yang sangat manis senyumannya tetapi licik akalnya dalam melakukan rancangan. Raisha Delara, seorang gadis cantik wajahnya tetapi kasar bahasanya. Dia selalu memastikan apa yang dia mahu, akan dapat dan selamat di tangannya. Dirinya bukan mudah untuk didapati, kerana itu dia tidak pernah memilih lelaki yang salah, dia sangat berhati-hati dalam membuat keputusan dan memilih pasangan. Pertemuan mereka tidak seperti yang diduga. Bertemu dalam keadaan tergesa-gesa tetapi dapat membuatkan hati seorang Raisha Delara terpikat kepada Ken Rayzen. Setiap kali bertemu ada sahaja perbalahan, sehingga perlahan-lahan mereka berdua mula jatuh cinta dengan dalam. Apabila kedua-duanya memberikan cinta dan usaha yang setara, ia terasa sangat dihargai. Walau sebesar apapun masalah, jika cinta lebih besar berbanding benci, hanya cinta yang menjadi pemenangnya. Pelbagai dugaan mereka hadapi, nyawa mula menjadi taruhan, kepercayaan semakin pudar tetapi cinta masih ada. "Cinta bodoh ni akan buat kau tergila-gilakan aku" -Raisha Delara" "Kau berjaya buat aku sebodoh ni dalam dunia percintaan" -Ken Rayden-
Tutti i diritti riservati
Entra a far parte della più grande comunità di narrativa al mondoFatti consigliare le migliori storie da leggere, salva le tue preferite nella tua Biblioteca, commenta e vota per essere ancora più parte della comunità.
Illustration

Potrebbe anche piacerti

  • Permission to Fall, Prof!
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Racing King
  • Forever Isn't What We Promised
  • HELLO QASWAR
  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Takdir terakhir kita [C]
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE

📌 Slow Update! Mina Alaya hanya ingin menamatkan pengajiannya dengan tenang. PhD yang sedang diusahakan hampir ke penghujung dan dia bertekad untuk melalui semester terakhir itu tanpa sebarang gangguan. Bagi Alaya, dunia akademik sudah cukup menuntut seluruh perhatian dan tenaganya. Namun, segalanya berubah apabila penyelianya bersara secara tiba-tiba. Dalam keadaan terdesak, tanggungjawab itu diambil alih oleh seorang profesor baharu, Prof. Dr. Luth Mirza. Seorang lelaki yang tenang, berwibawa dan sukar dibaca. Pertemuan mereka pada awalnya sekadar urusan akademik antara pelajar dan profesor. Tetapi keadaan menjadi semakin rumit apabila Alaya menyedari lelaki itu juga merupakan jirannya sendiri. Pertemuan yang tidak dirancang mula berlaku lebih kerap dan perbualan yang sederhana perlahan-lahan membuka ruang kepada sesuatu yang tidak pernah Alaya jangkakan. Di saat Alaya cuba menjaga batas dan prinsipnya, kehadiran Mirza sedikit demi sedikit mengganggu ketenangan yang selama ini dipertahankan. Apabila hati mula berbicara, Alaya terpaksa berdepan satu persoalan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran. Adakah dia mampu mengejar impiannya tanpa kehilangan hati yang tidak sepatutnya dimiliki?

Più dettagli
WpActionLinkLinee guida sui contenuti