FIVE SECRET WEAPONS. Cukup dikenali dalam dunia risikan dan jenayah, musuh ketat para kriminal yang sudah berakar umbi menjalankan aktiviti haram dalam negara.
Dianggotai lima sekawan, juga merupakan sahabat sehidup-semati. Seawal umur 13 tahun, mereka telah didedahkan dalam dunia yang seharusnya tidak patut kanak-kanak seumuran mereka ketahui. Namun, rasa minat terhadap dunia risikan sudah lama tertanam dalam diri.
"Kau semua belasah dua orang peragut?" - Jeneral Mashall
"Kami pijak diorang ramai-ramai tadi! Hehe.." - Khayrina Insyirah
Malangnya, kehebatan mereka telah menarik perhatian seseorang. Keinginannya mahu mengheret lima orang remaja itu untuk bergabung bersama bagi menjadi satu entiti yang lebih kukuh. Lebih kuat.
"Aku nak mereka sertai kita. Tidak kisah bagaimana cara sekalipun." - ?
Seringkali surat layar berlumuran darah sampai ke tangan mereka. Adakala nombor yang tidak dikenali menyeludup masuk ke kotak mesej.
"Kau rasa ini ulah siapa?" - Khairul Khan
Pengkhianatan demi pengkhianatan berlaku ibarat pedang yang menusuk raga berkali-kali. Apabila insan yang mereka percayai sebenarnya musuh dalam selimut.
"Kau.. Kenapa?.." - Irina Natasha
Titik terendah talian persahabatan antara mereka, perselisihan faham berlaku dalam masa yang bersamaan sehingga akal rasional diketepikan sebaliknya emosi bermaharajalela.
"Kau bukan sahabat kamilah!" - Daniel Shah
"Kau dah berconteng arang di muka Umi!" - Raylin Izreen
Dibalik pelbagai masalah yang menghujani, sedikit demi sedikit bahaya mendekati tanpa mereka sedari. Yang harum tidak semestinya baik, yang busuk tidak semestinya jahat.
"Aku kenal mereka. Lebih dari kenal."
Mampukah lima orang remaja itu mengatasi ujian yang bertimpa-timpa menghentam mereka? Dapatkah mereka menyelesaikan cebisan teka teki perihal si pengganggu? Persoalannya..
Siapa khianat siapa?
All Rights Reserved