Nadira Rahman, seorang peguam syarie yang bergelar 'Iron Lady', menyangka hidupnya sudah cukup sempurna. Mempunyai seorang anak lelaki yang cerdik, Adam Rayyan, dan seorang suami kiriman syurga, Faiz Hakimi. Faiz adalah segalanya-seorang arkitek berjaya yang bukan sahaja membina bangunan, tetapi membina istana cinta yang cukup kukuh buat Nadira selama tujuh tahun perkahwinan mereka.
Namun, langit tidak selalunya cerah. Di sebalik kesibukan Faiz dengan pelan-pelan senibinanya, ada rahsia yang mula tersimpan kemas. Satu panggilan telefon yang mencurigakan, senyuman asing di bibir suami, dan alasan "meeting dengan client" yang semakin kerap mula meretakkan kepercayaan Nadira.
ALYA. Satu nama yang muncul, merobek jiwa Nadira tepat di jantungnya. Nadira yang selama ini membela wanita-wanita yang dikhianati di mahkamah, kini harus berdepan dengan pengkhianatan di bawah bumbungnya sendiri. Saat pelan kebahagiaan yang dibina Faiz rupa-rupanya hanyalah sebuah ilusi, Nadira terpaksa memilih-adakah dia harus terus menjadi isteri yang setia, atau bangkit sebagai 'Iron Lady' untuk meruntuhkan kembali istana palsu itu?
"You panggil I bidadari syurga, tapi you sendiri yang heret I masuk ke neraka ciptaan you, Faiz. Sebagai peguam, I tahu cara untuk tamatkan kontrak cinta kita dengan cara yang paling perit."
All Rights Reserved