We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
Riyazan Khairdan

Riyazan Khairdan

  • WpView
    Reads 4
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 2
WpMetadataReadMatureOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Mar 19, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Riyazan Khairdan. Nama yang sering menjadi sebutan di kalangan elit, di dada berita, malah di bibir mereka yang hanya mampu memandang dari jauh. Anak sulung kepada Dato' Yusoff Qaidar, jutawan terkenal dan CEO termuda yang bakal mewarisi empayar perniagaan antarabangsa. Wajahnya, gabungan Rusia dan Arab;sempurna, dingin, memukau. Namun di sebalik mata yang tajam itu... tersembunyi sisi gelap yang tidak pernah sesiapa jangka. "Kau fikir aku akan lepaskan kau macam tu je, Azyra?" Azyra Haneen. Seindah maksud namanya, lembut, suci, penuh rasa. Dibesarkan dengan kasih sayang yang melimpah, dididik dengan agama dan akhlak yang terjaga. Bukan sekadar cantik pada rupa, tetapi juga pada hati. Dia percaya pada kebaikan. Dia percaya setiap manusia ada sisi lembutnya. Sampai dia bertemu dengan Riyazan Khairdan. "Saya tak pernah buat apa-apa pada awak..." "Tapi kau tetap kena bayar harga dia." Mereka belajar di universiti yang sama. Namun satu kejadian hitam mengubah segalanya-menghancurkan kepercayaan, dan menyalakan dendam yang tidak berpenghujung dalam diri seorang lelaki bernama Riyazan. Dendam itu... bukan sekadar perasaan. Ia menjadi rancangan. Rancangan untuk menghancurkan hidup seorang perempuan yang tidak bersalah. Sehingga satu kesilapan... memaksa mereka disatukan dalam ikatan yang paling suci-perkahwinan. "Mulai hari ini, kau milik aku. Jangan harap aku akan jadi suami yang kau impikan." Apabila cinta tidak pernah wujud, dan perkahwinan dibina atas dosa serta dendam- Mampukah Azyra Haneen bertahan dalam rumah tangga yang penuh penyiksaan? Atau adakah dia akan hilang dirinya sendiri... demi lelaki yang tidak pernah tahu erti cinta? Dan Riyazan Khairdan, Adakah hatinya akan kekal gelap selamanya, atau suatu hari nanti... dia sendiri akan tenggelam dalam penyesalan yang dia cipta? Ini bukan kisah cinta biasa. Ini adalah kisah tentang luka, dendam... dan kemungkinan untuk sembuh-atau hancur sepenuhnya.
All Rights Reserved
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Bunga Jagaan Bodyguard [C]
  • Derita Seorang Maira  | C
  • Takdir terakhir kita [C]
  • Sedetik Lebih [COMPLETE]
  • Jika Kau Yang Memiliki || COMPLETE
  • 𝐅𝐋𝐈𝐆𝐇𝐓 𝐓𝐎 𝐋𝐎𝐕𝐄 [𝐂]
  • Forever Isn't What We Promised
  • Racing King
  • Permission to Fall, Prof!
  • HELLO QASWAR

Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.

More details
WpActionLinkContent Guidelines