Mereka hanya manusia biasa pada siang hari dengan kerjaya masing-masing. Namun, apabila malam menjelma, identiti sebenar mereka terbangun dan dunia yang tersembunyi mula bernafas.
Segalanya bermula apabila terdapat beberapa kematian misteri yang berlaku secara serentak di pelbagai negara tanpa bukti dan tanpa jejak. Kejadian itu seolah-olah mangsa tidak pernah wujud dalam kehidupan orang lain. Di sebalik kejadian itu, satu sistem rahsia bernama 'Erebus' mula mengatur takdir manusia dari bayang-bayang.
Beberapa individu yang tidak saling mengenali mula terikat oleh satu perkara yang sama. Mereka mempunyai rahsia yang hanya hidup pada waktu malam. Apabila satu demi satu rahsia terbongkar, mereka menyedari satu kebenaran yang menakutkan.
'Dunia malam bukan sekadar wujud tetapi sedang cuba mengambil alih dunia siang selamanya.'
Namun, tiada sesiapa benar-benar bersekutu dan tiada sesiapa yang benar-benar bermusuhan dalam permainan ini. Masing-masing bersama atau berlawan hanya untuk kepentingan misi masing-masing.
Apabila bulan purnama muncul, penamat permainan turut berlaku. Hanya satu persoalan yang tidak mampu dijawab oleh sesiapa selagi permainan ini masih berjalan.
'Adakah mereka akan menyelamatkan dunia atau menjadi penyebab jatuhnya sistem penting dalam dunia siang dan malam?'
All Rights Reserved