Kang Jeemin memiliki segalanya ,kecantikan, kepintaran, sahabat baik dan teman lelaki yang penyayang. Namun semuanya runtuh dalam sekelip mata apabila dia menangkap sahabat sendiri, Yejin, berciuman dengan kekasihnya, Jungwon.
Pengkhianatan itu bukan sahaja memusnahkan cinta pertamanya, malah merobek persahabatan yang selama ini dianggap keluarga. Lebih menyakitkan, Yejin melakukannya kerana cemburu terhadap segala yang dimiliki Jeemin.
Saat Jeemin masih cuba menyusun semula hidupnya, muncul Jung Wooyoung sahabat abangnya yang baru pulang dari UK. Dengan sikap hangat, humor nakal dan perhatian tulus, Wooyoung perlahan-lahan mencairkan hati Jaeemin yang telah lama membeku.
Namun kebahagiaan itu sekali lagi terancam apabila Yejin, yang tidak pernah puas merampas apa milik Jeemin, cuba menggoda Wooyoung seperti yang pernah dilakukannya dahulu.
Bezanya...
Wooyoung bukan Jungwon.
Dan kali ini, Jaeemin bukan gadis yang sama lagi.
All Rights Reserved