THE VOLKOV'S LITTLE ROSE

THE VOLKOV'S LITTLE ROSE

  • WpView
    LECTURAS 31,114
  • WpVote
    Votos 669
  • WpPart
    Partes 60
WpMetadataReadConcluida vie, abr 3, 2026
Bagi Medina Rose, hidupnya hanyalah sebuah naskhah duka yang ditulis oleh tangan ibu kandungnya sendiri, Puan Salmah. Di rumah usang itu, dia bukan seorang anak, melainkan hamba yang dikerah keringat demi melunaskan ketamakan abang sulungnya, Mikail Rayyan. Namun, takdir mempunyai cara yang paling dingin untuk menguji sekeping hati yang rapuh. Kepulangan Harraz Anaqi Volkov dari Russia bukan sekadar untuk mengambil alih takhta Volkov Holdings. Dia pulang dengan karisma yang membeku dan autoriti yang tidak boleh disanggah. Harraz bukan lelaki yang banyak bicara, namun setiap langkahnya adalah perintah, dan setiap pandangannya adalah amaran. Apabila Mikail terjerat dalam lembah hutang lapan angka yang mustahil dilunaskan, Medina dijadikan galang ganti. Dia dilempar ke dalam dunia Harraz sebuah "sangkar emas" yang penuh dengan protokol, kemewahan yang menyesakkan, dan rahsia yang tidak terjangkau dek akal. Di sebalik kedinginan mansion Volkov, Medina menemui secebis sinar daripada kasih Mummy Ellya. Namun, kehadiran Isabella Zulaikha yang penuh muslihat serta bayang-bayang masa lalu mula meretakkan keamanan yang baru sahaja ingin dirasai. Dalam dunia yang penuh dengan percaturan kuasa, Medina terperangkap antara dua persimpangan. Harraz Anaqi tidak pernah meminta cintanya, namun lelaki itu juga tidak pernah mengizinkan dia untuk pergi. Adakah mawar yang tumbuh di celah debu ini akan terus layu dalam tawanan, atau dia bakal mekar di tangan lelaki yang kononnya tidak punya jiwa? first book maaf kalau ada kekurangan dan ada masalah apa ii boleh tegur 😇
Todos los derechos reservados
#669
darkromance
WpChevronRight
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • BIDADARI PUJAAN SYAITAN|OG
  • Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
  • Healer's Heart : Captain Yazzed Qayyum | C
  • Her Sapphire Tides [C] ✓
  • AARIZ ZAYYAN: HER ALBATROSS [C]
  • [ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026]
  • 𝐓𝐚𝐤𝐝𝐢𝐫 𝐁𝐮𝐚𝐭 𝐀𝐤𝐮 | EDITED VERSION C
  • AMANI HAURA ♡ IZZ ZAKWAN
  • Love, Unspoken
  • Tengku Devyn Aryan : Melting the Cold

TENGKU ADRIEL DHARMA. Sebaris nama yang amat digeruni oleh orang ramai. Dia merupakan seorang CEO dan juga ketua sebuah kumpulan mafia yang terkenal di seluruh dunia. Dikenali sebagai seorang jejaka yang tidak mempunyai perasaan dan juga seseorang yang suka berganti pasangan dalam hidupnya. Namun pada suatu hari Dharma telah berjumpa dengan seorang perempuan yang membuat dirinya sudah dilamun cinta. Perempuan itu bernama AYURA MARIESSA. Dharma sanggup buat apa sahaja asalkan Ayura bersama dengannya. Bahkan Dharma sanggup menculik Ayura kerana dia ingkar kepada arahannya. ~~~ "Tuan tolong lah lepaskan saya." Rayu Ayura kepada Dharma untuk melepaskan dirinya. "Kenapa aku kena lepaskan kau sayang? Aku cintakan kau. Aku nak kau." Balas Dharma kepada Ayura bersama senyuman sinis di bibirnya. Tak akan pernah. Dia tak akan pernah lepaskan perempuan itu walau apa pun terjadi. "Kalau tuan nak saya, tuan kahwin dengan saya. Tuan tak perlu buat saya sampai macam ini." Kata Ayura dengan air mata yang sudah mengalir di pipinya. Terasa berdosa dirinya kerana telah melakukan perkara terkutuk seperti ini. "Kita boleh bincang elok-elok dan saling mengenali sebelum berkahwin. Tapi kenapa tuan pilih cara ni?" Sambung Ayura lagi dengan suara yang sudah tersekat-sekat. "Ini je cara yang aku ada Ayura. Dengan aku buat macam ni kau tak akan boleh lari dari aku lagi." Balas Dharma terhadap soalan Ayura sebentar tadi. Tangan Ayura naik dan mendarat di pipi Dharma sebelum perempuan itu berjalan mengutip satu persatu pakaiannya di lantai dan masuk ke dalam bilik air. Dia benci akan lelaki itu, sungguh benci. ~~~ Warning!! -agak banyak kata-kata yg kasar -no plagiat -late update -typo dimana-mana Start: 13/12/24 End:?

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido