Tengku Zayyan, seorang CEO muda yang kaya,berkacukan Melayu Eropah, tampan, dan hati sejuk beku, hidupnya sempurna di mata orang lain-kecuali satu perkara: cinta tidak pernah masuk dalam hidupnya. Dunia dia hanyalah tentang kuasa, kerja, dan peraturan.
Hingga muncul Amina Zahra, gadis biasa dengan kehidupan sederhana, tetapi dengan keberanian yang tidak disangka. Tanpa sengaja, dia masuk ke dalam dunia Tengku Zayyan, mencuri pandangan, merosakkan rutin, dan perlahan-lahan membuat lelaki itu yang dingin itu terasa terganggu dan penasaran.
Namun, jalan mereka tidak lurus. Datang Zakir dan Yuna, yang mempunyai agenda sendiri-ingin mengacau dan memisahkan mereka, mencipta konflik dan drama yang tidak dijangka.
Apakah Amina Zahra, gadis biasa ini, mampu menembusi hati Tengku Zayyan yang dingin dan keras?
Atau adakah cinta mereka hanyalah permainan dunia yang penuh tipu daya, dendam, dan rahsia yang belum terungkap?
Sebuah kisah tentang hati yang beku, gadis yang berani, dan cinta yang datang tanpa amaran.
Berani baca, kerana cinta dan konflik mereka akan mencuri hatimu...
All Rights Reserved